Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Insiden tren SMRT: 28 cedera

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Insiden tren SMRT: 28 cedera

Isyarat rosak dikenal pasti punca kejadian apabila tren tergerak ke depan dan terkena sebuah lagi yang berhenti di stesen Joo Koon
Nov 16, 2017 | 05:30 AM

SERAMAI 28 penumpang, termasuk dua kakitangan SMRT cedera, tiga daripada mereka masih dirawat di hospital menyusuli satu insiden melibatkan dua tren di stesen Joo Koon pagi semalam.

Insiden sekitar 8.18 pagi itu dikatakan berpunca daripada masalah satu sistem isyarat tren yang baru, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Mendedahkan demikian kepada media semalam, Timbalan Ketua Eksekutif Prasarana dan Pembangunan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Chua Chong Kheng, berkata mereka yang cedera akan dibantu, termasuk dari segi pembiayaan kos rawatan.

"Mereka yang cedera adalah penumpang tren kedua. Kebanyakan kecederaan melibatkan lebam akibat terlanggar dan terjatuh. Tetapi ada seorang penumpang cedera di muka dan giginya patah. Ada juga cedera di muka akibat terlanggar tiang dalam tren," katanya.

Beliau menambah, sebuah pasukan dikerah membantu penumpang yang cedera.

Dianggarkan terdapat seramai 517 penumpang dalam tren kedua, sementara semua penumpang dalam tren pertama telah turun semasa insiden berlaku.

Akibat masalah yang dihadapi tren pertama, tren kedua berhenti 10.7 meter di belakang tren pertama. Ini mengikut protokol keselamatan sistem isyarat yang memastikan jarak selamat antara dua tren.

Namun sekitar 8.20 pagi, selepas tren pertama menurunkan penumpang dan pintunya ditutup serta sebelum bergerak meninggalkan stesen, tren kedua bergerak ke depan tanpa diduga hingga terkena tren pertama. Ini menyebabkan ramai penumpang dalam tren kedua terjatuh.

LTA berkata tren itu bergerak kerana sistem isyaratnya telah diaktifkan.

LTA juga menambah, laluan Timur-Barat antara stesen Pasir Ris ke Pioneer kini menggunakan sistem isyarat lama, sementara laluan antara stesen Joo Koon ke Tuas Link sistem isyarat baru.

Syarikat Thales, yang membekalkan sistem isyarat baru bagi laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat, berkata sebelum ini ia tidak pernah mengalami masalah serupa.

Namun, ia mengesahkan bahawa kededua sistem isyarat lama dan baru masih selamat untuk operasi.

Dalam satu sidang akhbar semalam, siasatan sedang dijalankan dan Thales antara pihak yang akan "bekerjasama" dalam siasatan itu.

Namun, Encik Chua berkata pihaknya juga akan menyiasat sekiranya wujud "kesilapan manusia".

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan, yang ditemui media, berkata:

"Ini hari yang amat menyusahkan. Para penumpang berasa disusahkan dan ada pula yang cedera. Kami minta maaf atas semua ini."

Laporan lain:

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3