Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Inspektor Balai berkebolehan yang prihatin kebajikan pelatih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Inspektor Balai berkebolehan yang prihatin kebajikan pelatih

NS
Nov 05, 2017 | 05:30 AM

TUBUH badannya mung- kin kecil, tetapi Inspektor Balai (SI) Norainni Mohd Zaini bukan calang-calang orangnya.

SI Norainni seorang jurulatih di Komand Latihan Polis (Tracom) - seakan 'guru kelas' - yang bertanggungjawab menjaga latihan dan kebajikan angota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang menjalani kursus latihan asas.

Walaupun beliau seorang wanita dalam suasana majoriti lelaki, SI Norainni disegani dan dihormati dalam kalangan NSF dan rakan sekerjanya.

Beliau berpengalaman selama 17 tahun dalam Pasukan Polis Singapura (SPF) dan sudah dua tahun bertugas di Tracom.

Sebelum ini, beliau berkhidmat di Divisyen Polis Tanglin, melakukan tugas barisan depan seperti rondaan dan menangani insiden awam.

SI Norainni, 38 tahun, berkata beliau mengambil keputusan berkhidmat di Tracom supaya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya.

"Penyelia saya juga berkata bahawa pengalaman, perwatakan dan pengetahuan saya sesuai bagi bidang latihan," kata beliau.

Sebagai jurulatih, SI Norainni berkata tugasnya lebih kepada kerja pentadbiran selain memberi dorongan kepada NSF. Beliau juga antara lain melaksanakan kelas undang-undang dan melatih NSF menggunakan taktik pertahanan polis dalam senario sebenar yang boleh berlaku.

Beliau kemudian akan mengumpulkan markah mereka dan melakukan penilaian serta menyarankan vokasyen sesuai yang dipilih NSF.

Menurut SI Norainni, program latihan NSF polis telah menjalani pelbagai perubahan jika berbanding dulu, dengan ibu bapa turut dirangkumi dalam program tersebut.

Misalnya, ibu bapa diberi peluang bertanya lebih lanjut tentang latihan apakah yang akan dijalani anak mereka dan berpeluang melihat tempat tidur mereka.

"Walaupun ibu bapa tahu anak mereka akan menjalani NS, mereka ada rasa bimbang. Mereka akan risau tentang sama ada terdapat kemudahan mencukupi untuk menjaga anak mereka jika mereka sakit. Jadi, saya memberi jaminan kepada mereka," kata beliau.

Demi membakar semangat para NSF, SI Norainni berkata beliau akan mengongsi kisah kejayaannya sendiri - seorang lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang mara dalam kerjayanya di SPF hingga ke peringkat penyeliaan - dan cerita kejayaan NSF masa lalu.

SI Norainni menambah bahawa beliau sentiasa mengingatkan NSF bahawa apabila mereka menyarungkan baju seragam biru polis, orang awam tidak akan menyoal sama ada mereka NSF atau pegawai polis tetap.

Justeru, mereka harus sentiasa menegakkan piawai, disiplin dan komitmen dalam melaksanakan tugas.

"Selama dua tahun di sini, saya dapat melihat bahawa tiada perbezaan dalam latihan (antara NSF dengan pegawai polis tetap). Semua dilayani sama.

"Kami akan memberitahu para NSF bahawa apabila mereka berkhidmat di luar sana dan orang awam datang kepada mereka untuk mendapatkan bantuan, mereka tidak boleh menolak dan berkata 'maaf, saya hanya NSF'. Tahap pengetahuan semua harus sama," tegas beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3