Inspektor Jeneral keselamatan SAF dilantik, mahu askar 'bersuara' demi keselamatan
BRIGEDIER Jeneral (BG) Tan Chee Wee telah dilantik sebagai Inspektor Jeneral di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk memantau aspek keselamatan latihan, sebagai sebahagian daripada usaha yang diambil menyusuli beberapa kes kematian semasa latihan baru-baru ini.
BG Tan, yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Operasi Bersama, secara serentak dilantik sebagai Ketua Turus Bersama, bermula Rabu ini, lapor The Straits Times.