Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institusi kewangan, syarikat telko mungkin dipertanggungjawab jika cuai kepada mangsa penipuan

Oct 25, 2023 | 08:33 PM



Pengendali telefon bimbit yang gagal memenuhi tugas digariskan di bawah rangka kerja yang dicadangkan, perlu berkongsi tanggungjawab bersama institusi kewangan seperti bank, apabila melibatkan pembayaran balik kepada mangsa penipuan pancingan data tertentu.

Rangka kerja itu digariskan dalam satu kertas perundingan bersama oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Rabu yang bertujuan mengukuhkan tanggungjawab institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi kepada pengguna.

Langkah itu berkemungkinan menjadikan Singapura sebagai bidang kuasa pertama yang menyertakan pengendali telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan infrastruktur lain dalam rangka kerja pembayaran balik berkaitan penipuan, lapor The Straits Times (ST).


Pihak berkuasa menyatakan meletakkan “tanggungjawab ke atas syarikat telekomunikasi yang bertanggungjawab” bertujuan mengurangkan risiko Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penipuan dihantar kepada pengguna.

Langkah itu adalah sebahagian pendekatan bertahap baru yang dapat menilai tanggungjawab, dengan bank runcit seperti Citibank, DBS, UOB dan OCBC, dan penyedia perkhidmatan pembayaran seperti Grab yang menawarkan e-dompet, terlebih dulu.

Ini kerana mereka adalah penjaga dana pengguna dan oleh sebab itu memainkan peranan penting sebagai ‘penjaga’ terhadap wang yang disalah guna penipu.

Mereka mempunyai tanggungjawab utama dalam melaksanakan kawalan teguh untuk melindungi akaun dan bertindak balas secara berkesan terhadap urus niaga yang mencurigakan, kata pengawal selia.

Jika tugas mereka dijalankan dengan betul, mereka tidak perlu membayar balik mangsa pancingan data, terutamanya mereka yang ditipu untuk mendedahkan butiran akaun mereka, seperti nama pengguna dan kata laluan, kepada penipu yang menyamar sebagai entiti sah seperti agensi pemerintah atau bank.

Pengguna dalam kes sedemikian perlu menanggung kerugian sepenuhnya. Mereka boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan ke Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Kewangan.

Syarikat telekomunikasi juga bertanggungjawab kerana mereka adalah penyedia infrastruktur bagi teks SMS.

Mereka boleh menghantar SMS pengenalpastian penghantar kepada pelanggan hanya jika ia berasal daripada agregator yang dibenarkan.

Agregator ialah pautan antara perniagaan yang ingin menghantar SMS dengan rangkaian telefon bimbit yang menghantarnya ke telefon bimbit pengguna.

Syarikat telekomunikasi mesti menyekat SMS pengenalpastian penghantar daripada semua saluran lain untuk menghalang pengguna daripada menerima SMS daripada rangkaian yang tidak dibenarkan atau tidak diketahui.

Mereka mesti melaksanakan penapis antipenipuan bagi semua SMS dan menyekat mereka yang mempunyai pautan pancingan data yang diketahui.

Pelanggaran kewajipan ini akan menjadi titik permulaan dalam menentukan siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kerugian di bawah rangka kerja itu, yang berdasarkan kerja yang dilakukan pada 2022 oleh Majlis Pembayaran untuk menangani penipuan pancingan data yang melibatkan institusi kewangan.

Rangka kerja baru itu mungkin dilaksanakan pada separuh pertama 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >