Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Institut pengajian tinggi berperanan sokong hidup lebih mampan

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT pendidikan tinggi (IHL) boleh dimanfaatkan untuk menyumbang kepada usaha negara dalam menyokong kehidupan lebih mampan, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Ini, menurutnya, boleh dilakukan melalui dua cara iaitu memanfaatkan keupayaan penyelidikan dan inovasi untuk membangunkan produk dan huraian baru, yang membolehkan sektor lain dalam masyarakat menangani cabaran kemampanan selain membangunkan kemahiran dan keupayaan dalam kalangan lulusan dan tenaga kerja untuk membolehkan mereka merebut peluang dalam ekonomi menghijau.



Menjawab keprihatinan yang diutarakan Cik Rachel Ong (GRC West Coast), Encik Chan berkata IHL boleh membangunkan huraian inovatif untuk menyokong transformasi hijau industri.



"Menerusi projek yang mereka jalankan bersama industri, politeknik membolehkan perusahaan tempatan untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan mencapai matlamat kemampanan," katanya.



Beliau menukil bagaimana Politeknik Nanyang (NYP) telah melancarkan Pusat Pengalaman Kemampanan dengan kerjasama syarikat Schneider Electric.



Menerusi pusat itu, kakitangan dan pelajar NYP akan bekerjasama dengan 100 syarikat kecil dan sederhana menjelang 2023, bagi menghasilkan dan melaksanakan bersama inisiatif keberkesanan tenaga.



Selain itu, universiti berautonomi (AU) sedang memanfaatkan keupayaan penyelidikan mendalam bagi pembangunan dan kajian (R&D) kemampanan, selain menggunakan kampus mereka sebagai "makmal hidup" untuk menyokong usaha penyelidikan nasional dan pembangunan bakat.



Misalnya, Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) akan mengubah kampus mereka di Changi menjadi tapak eksperimen menghijau.



Ini akan membenarkan fakulti dan pelajar SUTD bekerjasama dengan industri dan masyarakat, untuk menjadi tapak percubaan bagi teknologi baru dan projek inovatif bagi kehidupan mampan dan bijak.



Dalam pada itu, Encik Chan turut menekankan bahawa perlunya untuk melabur dalam "mempertingkat kemahiran menghijau" bagi pelajar dan pekerja, agar dapat merebut peluang baru daripada pertumbuhan menghijau.



Laporan "Permintaan Kemahiran bagi Ekonomi Masa Depan" oleh SkillsFuture Singapura (SSG) menunjukkan bahawa lebih 450 peranan pekerjaan merentasi 17 sektor sudah pun memerlukan kemahiran menghijau dalam tugasan pekerjaan mereka.



"Institusi kami sedang memberi suntikan baru kepada kursus khususdan melancarkan program baru.



"Program ini menawarkan warga Singapura dengan kemahiran masa depan bagi pekerjaan hijau yang kian wujud atau pekerjaan sedia ada yang kini menjadi "hijau," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >