Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut Pengajian Tinggi sokong industri agri-makanan secara proaktif

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT Pengajian Tinggi (IHL) termasuk Politeknik Nanyang (NYP), Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republic (RP), Politeknik Temasek (TP) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah mengambil langkah menyokong industri agri-makanan secara proaktif termasuk di luar negara, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



Berucap di Forum Agri-Makanan Singapura - Shizuoka, semalam, Dr Koh berkata langkah ini menjangkaui misi teras mereka untuk melatih dan membangunkan bakat industri tersebut.



"Mereka telah memberikan respons kepada seruan mempersiapkan industri dalam bidang baru ini, dengan membangunkan kemampuan dan menawarkan program latihan demi melengkapkan tenaga kerja kami dengan kemahiran baru yang diperlukan bagi industri agri-teknologi," katanya.



Lantas kerjasama negara ini dengan wilayah Shizuoka, di Jepun, ternyata berharga, tambahnya.



Beliau memberi contoh bagaimana di Forum Agri-Makanan Singapura-Shizuoka pada 2020 menyaksikan syarikat ladang menegak dalam kawasan tertutup yang terbesar di Singapura, Sustenir, berkolaborasi dengan syarikat Masuda Seeds untuk membawa masuk sejenis sayur, kale, dari Jepun ke Singapura.



"Ladang-ladang kami telah menjalani transformasi dan mendakap teknologi moden juga.



"Seperti contoh, sebuah ladang setempat, Indoor Farm Factory Innovation (IFFI), telah memupuk teknologi dan data untuk meningkatkan mutu penghasilan perkebunan mereka," katanya.



Menurutnya, ladang dalam kawasan tertutup mereka yang besar di Singapura seluas 38,000 kaki persegi dan menumpukan kepada penanaman berdasarkan tanah, menghasilkan sayuran dalam satu sistem berkebun setinggi 14 tingkat dalam satu sekitaran yang dikawal sepenuhnya dan bebas ubat serangga.



Forum yang diadakan di ITE Kolej Timur itu menyaksikan sekitar 200 peserta menghadirinya.



Forum Agri-Makanan Singapura-Shizuoka ini timbul hasil daripada Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 2019 antara TP dengan Wilayah Shizuoka, untuk berkolaborasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan teknologi agri-makanan serta perkongsian amalan terbaik bagi kakitangan dan pembangunan keupayaan.



Tambahan ITE, NYP, NP dan RP kepada kerjasama dua hala itu pada 2020 meluaskan bidang MOU tersebut untuk melibatkan juga pertukaran pelajar dan kerja sambil belajar.



Ia juga diluaskan kepada tertubuhnya sebuah forum agri-makanan tahunan bagi penyelidik, akademia, dan syarikat dari Singapura dan Shizuoka.



Dalam ucapannya itu, Dr Koh berkata bahawa terdapat banyak sains di sebalik industri berkebun dengan teknologi tinggi dan kolaborasi akan terus menyokong ladang-ladang di sini sedang mereka beralih ke arah penggunaan teknologi untuk mengatasi tanah dan sumber yang terhad.




"Mereka telah memberikan respons kepada seruan mempersiapkan industri dalam bidang baru ini, dengan membangunkan kemampuan dan menawarkan program latihan demi melengkapkan tenaga kerja kami dengan kemahiran baru yang diperlukan bagi industri agri-teknologi."
- Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >