LULUSAN Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti tidak lama lagi boleh memohon kursus baru yang menawarkan sijil profesional tambahan - sijil diploma lanjutan, sijil posdiploma atau sijil possiswazah.
ITE akan melancarkan sekitar 250 kursus sementara politeknik dan universiti menawarkan masing-masing 100 kursus, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung semasa satu wawancara radio pada Khamis (11 Jun), lapor The Straits Times.
Pendaftaran dan kemasukan akan bermula bulan ini (Jun) dan boleh berlangsung hingga Ogos, tambahnya.
Kursus akan berlangsung sekitar tiga hingga enam bulan.