Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut penyelidikan baru bagi sains biologi, kesihatan dan perubatan

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH institut penyelidikan baru dilancarkan semalam untuk menerajui kemajuan sains biologi, kesihatan dan perubatan menerusi kajian tanaman dan ekosistem semula jadi.



Institut Perubatan Biodiversiti (BD-Med) SingHealth Duke-NUS itu akan mengkaji pelbagai aspek biodiversiti tanaman setempat dan serantau untuk mengenal pasti potensi bagi penggunaan perubatan dan sains yang baru.



Sebagai contoh, kajian boleh mengenal pasti bahan dalam tanam-tanaman untuk mempercepat proses penemuan ubat, atau mengubah biologi tanaman untuk meningkatkan mutu khasiatnya, kata ketua eksekutif kumpulan SingHealth, Profesor Ivy Ng.



Institut baru itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di Kongres Saintifik SingHealth Duke-NUS, satu acara maya dua hari bertema merevolusikan perubatan.



"Di Singapura, kita berada dalam kedudukan yang unik untuk meneroka perubatan biodiversiti. Biodiversiti kita kaya dengan lebih 4,000 spesies flora dan kultivar (tanaman daripada pembiakan khas)," kata Encik Heng.



"Kita juga memiliki sejarah panjang menerapkan alam semula jadi dalam bandar. Kita dengan teliti memupuk bandar dalam taman yang cenderung kepada alam semula jadi," tambahnya.



BD-Med akan memberi tumpuan kepada tiga program penyelidikan khusus yang disokong oleh kerjasama dengan agensi saintifik, inovasi dan sekitaran setempat dan serantau.



Program Biodiversiti dan Perubatan Herba itu akan menggunakan teknologi baru untuk mengeluarkan dan mengkaji bahan tanaman yang berpotensi melawan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.



Program Biodiversiti dan Nutrisi Makanan akan mengkaji konsep makanan sebagai ubat, atau pendekatan menggunakan makanan untuk mengurus penyakit di samping rawatan perubatan konvensional.



Ia juga akan mengkaji makanan alternatif daripada sumber yang mampan dan padat nutrien untuk meningkatkan bekalan dan keselamatan makanan.



Program Biodiversiti dan Kesejahteraan Bandar pula mengkaji kesan biodiversiti terhadap sekitaran tempat tinggal serta kemampuannya untuk mempromosikan kesejahteraan termasuk kesihatan mental.



Ia akan mengkaji cara biologi, penampilan, warna dan bau tanaman boleh mempengaruhi kesihatan seseorang, seperti penggunaan minyak pati untuk merawat kegelisahan dan masalah tidur.



Profesor Teh Bin Tean, yang merupakan naib ketua penyelidikan untuk Program Klinik Akademik Onkologi di Sekolah Perubatan Duke-NUS, akan berperanan sebagai pengarah institut baru itu.



"Dengan memanfaatkan kekayaan biodiversiti di Asia Tenggara dan Singapura, saya dan pasukan saya berharap dapat mempelajari lebih lanjut mengenai manfaat genetik, khasiat dan khasiat tanaman tempatan dan serantau untuk lebih memahami, mencegah dan melawan penyakit, dan bahkan menyumbang kepada kemampanan alam sekitar dan makanan," katanya.



Tugas BD-Med juga merangkumi usaha membangun sekitar 12,000 meter persegi ruang kebun di empat hospital di bawah kelompok SingHealth - Hospital Besar Singapura, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Hospital Besar Changi dan Hospital Besar Sengkang - untuk menanam dan mengkaji pelbagai spesies tanaman serantau.




"Di Singapura, kita berada dalam kedudukan yang unik untuk meneroka perubatan biodiversiti. Biodiversiti kita kaya, dengan lebih 4,000 spesies flora dan kultivar (tanaman daripada pembiakan khas). Kita juga memiliki sejarah panjang menerapkan alam semula jadi dalam bandar. Kita dengan teliti memupuk bandar dalam taman yang cenderung kepada alam semula jadi."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >