Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Institut selidik usaha kurang jejak karbon ditubuh di Pulau Jurong

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



SATU institut penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap bagaimana mengurangkan jejak karbon sektor perindustrian, yang bertanggungjawab bagi sekitar 60 peratus pengeluaran keseluruhan negara, telah ditubuhkan di Pulau Jurong.



Institut Kemampanan bagi Kimia, Tenaga dan Persekitaran (ISCE2) telah ditubuhkan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan diketuai Profesor Yeoh Lean Weng, yang juga merupakan ketua pegawai kemampanan agensi itu.



Ini telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, di Parlimen semalam.



"ISCE2 akan memajukan bidang penyelidikan seperti jejak karbon dan penggunaan, hidrogen rendah karbon, mengukur kitaran hidup karbon dan biologi sintetik bagi merintis jalan untuk bahan hijau alternatif, produk dan proses demi menyokong agenda kemampanan Singapura," katanya.



Institut penyelidikan itu akan terus bekerjasama dengan para akademik, agensi awam dan industri untuk menyumbang kepada matlamat perubahan iklim, tambah Encik Gan.



Di bawah Pelan Hijau 2030 - pelan tindakan Singapura bagi masa depan lebih mampan dan menggariskan sasaran hijau negara - ia mahu mengubah Pulau Jurong, hab petrokimia negara, kepada "taman tenaga mampan dan kimia".



Institut baru itu akan mempunyai tiga tumpuan utama, kata A*Star dalam satu kenyataan berasingan.



Ini termasuk membangunkan produk mesra alam seperti yang boleh biodegradasi atau bahan yang mudah dikitar semula serta penyelidikan tentang bagaimana proses perindustrian boleh diperbaiki agar lebih berkesan dan tidak membazir.



Proses yang diperbaiki sedemikian boleh membantu menjadikan pengilangan farmaseutikal lebih mampan, kata A*Star.



Tumpuan ketiga ialah penyahkarbonan atau pengurangan atau penghapusan pengeluaran yang memanaskan bumi ke udara.



Ini boleh dilakukan dengan menggunakan penangkapan karbon, teknologi penggunaan dan penyimpanan yang sedang menarik tumpuan penyelidikan sedunia.



Encik Gan turut menjelaskan tentang kegunaan hidrogen yang sejak kebelakangan ini muncul sebagai pembawa tenaga yang mempunyai harapan dalam pencarian global untuk bahan api karbon rendah.



"Kami menjangkakan kos teknologi hidrogen rendah karbon akan merosot pada jangka masa panjang dengan kemajuan teknologi dan skala ekonomi lebih besar," ujarnya.



Beliau menambah hidrogen karbon rendah juga akan menjadi lebih mudah untuk diakses dengan pembangunan rantaian bekalan global dan pembangunan teknologi yang menjadikan pengangkutan dan penggunaannya lebih mudah.



"Pemerintah sedang melabur sumber untuk memahami dan memantau potensi pengerahan hidrogen di Singapura dan meneroka huraian potensi ini," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >