Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut Silang Budaya Puan Noor Aishah mahu bantu seniman budaya perintis

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



DALAM usahanya membangunkan perpaduan sosial menerusi pencampuran budaya, Institut Silang Budaya Puan Noor Aishah (PNAICI) yang baru dilancarkan semalam juga mahu menyokong seniman budaya perintis yang mungkin sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Pertubuhan bukan pemerintah itu, yang dibentuk oleh sekumpulan mantan ahli politik, pegawai perkhidmatan awam kanan dan penggiat seni, mahu mengumpul $50,000 hingga $100,000 setiap satu atau dua tahun untuk diberikan sebagai sumbangan kepada seniman budaya perintis.

"Mereka telah meletakkan asas dan menyumbang banyak kepada warna-warni budaya kita yang kaya. Ramai mereka kini sudah berumur dan bersara. Ada di kalangan mereka mungkin tidak sihat.

"PNAICI mahu memperingati mereka dengan memberi sedikit penghargaan kewangan kepada mereka. Ini akan dilakukan menerusi sumbangan dan rayuan awam," kata presiden pertubuhan tersebut, mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Wan Hussin Zoohri, di majlis pelancaran di Istana Ballroom, Tanjong Katong Complex.

Institut yang dinamakan sempena isteri Presiden pertama Singapura Yusof Ishak itu buat masa ini mempunyai 16 anggota jawatankuasa pengurusan, termasuk mantan AP Yatiman Yusof; mantan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Kesavapany Krishnasamy, yang juga anggota majlis Pertubuhan Silang Agama (IRO); dan mantan ketua pegawai eksekutif Persatuan Rakyat (PA) Lee Chiong Giam.

Menurut Encik Wan Hussin, matlamat pertubuhan berbilang kaum itu adalah untuk menjadi lebih proaktif dalam meningkatkan pendampingan antara budaya berbeza supaya mereka tidak berkembang secara berasingan.

"Kami mahu mempertingkatkan penghargaan silang budaya, diikuti penyepaduan silang budaya dan kemudian pencampuran silang budaya.

"Setelah mencapai tahap ketiga, kita antara lain akan dapat menyaksikan persembahan yang menggabungkan unsur silang budaya, seperti tarian Cina yang diiringi muzik tradisional Melayu.

"Masa yang panjang diperlukan untuk sampai ke tahap ini, tetapi jika kita tidak memulakannya sekarang, ia akan terus membangun secara berasingan seperti yang telah berlaku selama beberapa dekad sebelum ini," katanya.

Oleh itu, PNAICI diharap dapat menjadi pemangkin bagi pendampingan silang budaya, dan ini akan dilakukan menerusi tiga teras iaitu pendidikan budaya, pendampingan budaya dan pemeliharaan budaya.

Tiga jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi meneliti pelaksanaan rancangan tindakan tiga tahun itu.

Institut itu antara lain merancang mengadakan seminar dan forum serta mengambil bahagian dalam Bulan Bahasa dalam usahanya mendidik orang ramai tentang perkara berkaitan budaya.

Di bawah teras kedua, ia merancang menganjurkan persembahan tarian silang budaya dan pameran tentang keanggunan pakaian etnik yang berbeza.

Ia juga merancang menerbitkan buku untuk memperingati semua penerima Anugerah Pingat Budaya, dan buku mengenai festival budaya kumpulan etnik berbeza di bawah teras pemuliharaan budaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >