Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG DAN ANDA

Insurans mampu kurang beban pemandu

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR setiap hari kita membuat perjalanan ke tempat kerja.



Mempunyai polisi kemalangan peribadi memberi anda sedikit kelegaan dan kawalan atas perkara yang tidak terjangka.



Ramai yang beranggapan bahawa insurans hanya membebankan pengguna kenderaan.



Tetapi sebenarnya ia mampu mengurangkan bebanan pemilik kenderaan.



Apabila kenderaan mengalami kerosakan teruk atau kemalangan yang mengakibatkan pembayaran kos pembaikan yang besar insurans sangat membantu.



Di sinilah kepentingan insurans kenderaan iaitu menjelaskan kos baik pulih kenderaan tersebut.



Insurans kenderaan pula perlu dibayar sebelum dapat memperbaharui cukai jalan.



Insurans kenderaan ialah bentuk perlindungan dari pihak insurans kepada pemilik atau pemandu kenderaan.



Polisi pihak ketiga ialah polisi insurans kenderaan paling asas. Bayaran premium polisi pihak ketiga paling rendah berbanding polisi lain kerana perlindungan yang ditawarkan terhad.



Polisi insurans pihak ketiga atau 'third party' akan melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga sekiranya terjadi kemalangan yang merugikan kenderaan mereka.



Ini termasuk tuntutan atas kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan kemalangan yang berpunca dari anda.



Hampir sama dengan polisi pihak ketiga, tetapi perlindungan polisi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian pula merangkumi risiko kebakaran dan kecurian.



Polisi ini juga melindungi kenderaan dari risiko kerugian akibat kemalangan, kecurian, dan kebakaran yang tidak disengaja.



Dengan polisi insurans ini, anda boleh membuat tuntutan apabila ada percubaan mencuri seperti pecah cermin atau kopek pintu, dan berlaku kebakaran pada kereta. Apa yang tidak boleh dituntut daripada insurans ialah kemalangan di jalan raya.



Bagi polisi komprehensif, apabila anda menginginkan perlindungan menyeluruh, polisi komprehensif paling sesuai.



Polisi komprehensif bukan sahaja melindungi kenderaan dari risiko kemalangan, kecurian, dan kebakaran, malah juga melindungi diri anda sekiranya mengalami kecederaan sewaktu kemalangan.



Meskipun ada polisi insurans, tidak bermakna anda boleh cuai dalam memandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >