Insurans nahas peribadi Income termasuk Covid-19
Feb 18, 2020 | 05:30 AM
HAMPIR 27,000 individu yang mempunyai pelan Kemalangan Peribadi (PA) NTUC Income, yang merangkumi perlindungan penyakit berjangkit, dapat menikmati perlindungan tambahan Covid-19 secara automatik tanpa sebarang premium mulai semalam.
Perlindungan tambahan itu turut dinikmati lebih 500,000 kakitangan pertubuhan yang dilindungi di bawah polisi Manfaat Kakitangan Kumpulan syarikat insurans itu.