PERMOHONAN bagi skim Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) bagi sekolah menengah dan maktab rendah (JC) untuk tahun depan akan dibuka hari ini, dengan proses pemilihan dilakukan menerusi dalam talian disebabkan keadaan koronavirus Covid-19.
Secara keseluruhan, 146 sekolah menengah dan 20 JC mengambil bahagian dalam DSA tahun ini, yang memberi peluang kepada pelajar untuk masuk ke sekolah menengah atau JC pilihan mereka berdasarkan pencapaian dan bakat mereka, selain prestasi akademik.