Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ION Orchard tutup 4 hari mulai 12 jun susuli kes Covid-19; ujian swab percuma buat pengunjung

Jun 11, 2021 | 10:59 PM



PUSAT beli-belah ION Orchard akan ditutup selama empat hari mulai Sabtu (12 Jun) bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan selepas Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan beberapa kes Covid-19 berkaitan dengan gedung beli-belah ini.



Yang terkini dikesan MOH dengan virus tersebut adalah wanita 57 tahun yang bertugas sebagai promoter jualan farmasi Guardian di ION Orchard.



Kes yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini adalah pekerja ketiga di Ion Orchard yang diuji positif Covid-19 lantas membawa pada arahan MOH bagi pusat beli-belah itu ditutup hingga 15 Jun, lapor akhbar The Straits Times.



ION Orchard adalah pusat beli-belah terkenal pertama di kawasan Orchard Road yang perlu menghentikan operasi dalam tempoh pandemik ini.



Dalam kenyataannya kepada media, jurucakap ION Orchard berkata dalam tempoh penutupan ini, orang awam dan mereka yang membeli-belah tidak dibenarkan masuk ke dalam pusat beli-belah itu.



Kedua-dua ION Orchard Link dan ION Paterson Link yang merupakan rangkaian pejalan kaki bawah tanah bagaimanapun masih boleh dilintasi kerana ia dibuka 24 jam.



"Dalam tempoh penutupan ini, kami akan menjalankan pembersihan terperinci dan proses penyahkangkitan premis pusat beli-belah ini mengikut garis panduan pihak berkuasa.



"Sejak bermulanya penularan Covid-19, ION Orchard telah melaksanakan langkah pembersihan sekitaran sejajar dengan garis panduan pihak berkuasa. Ini termasuk menambah kekerapan kerja pembersihan dan penyahjangkitan pada bahagian yang biasanya disentuh orang awam seperti butang lif, rel tangan, panel pintu automatik.



"Sanitiser tangan juga disediakan di pintu masuk pusat beli-belah ini dan kaunter 'concierge'," tambah kenyataan itu.



Menurutnya, keselamatan dan kesejahteraan golongan yang membeli-belah, pengunjung dan pekerja amat penting buat ION Orchard yang akan terus memantau keadaan ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi langkah berjaga-jaga yang diperlukan.



Dalam tempoh penutupan ini, penyewa premis akan menerima sokongan yang diperlukan termasuk pengecualian sewa bagi membantu mereka mengharungi tempoh ini.



Penyewa juga mempunyai masa hingga 6 petang Sabtu (12 Jun) bagi mengalihkan stok dan mengosongkan premis itu untuk tempoh penutupan sementara ini



MOH pula berkata operasi ujian khas akan dikendalikan buat kakitangan yang bertugas di pusat beli-belah itu mulai 28 Mei.



Orang awam yang mengunjungi kedai-kedai atau menggunakan khidmat dan kemudahan di ION Orchard dari 3 Jun hingga Jumaat (11 Jun) akan juga ditawarkan ujian Covid-19 percuma.



Mereka yang hanya melintasi menerusi pusat beli-belah itu untuk ke bangunan berdekatan atau Stesen MRT Orchard tidak perlu menjalani ujian ini.



MOH juga berpesan kepada orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah itu dari 3 hingga 11 Jun harus mengawasi kesihatan mereka secara rapi dan mengurangkan interaksi sosial seberapa yang boleh, bagi tempoh dua minggu dari tarikh kunjungan.



Mereka juga digalakkan untuk mengunjungi doktor segera jika rasa tidak sihat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >