Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

iPhone X dilancar di S'pura, peminat setia beratur panjang di stor Apple

Nov 03, 2017 | 08:59 AM



APPLE iPhone X, yang sudah lama ditunggu-tunggu, dilancarkan di Singapura pagi tadi.



Apabila pintu dibuka di stor Apple jam 8 pagi, para peminat setia jenama itu yang bermalam di Orchard Road meluru masuk.



Dua tempat berasingan disediakan bagi pembeli yang sudah menempah telefon bimbit itu terlebih dahulu dan satu lagi bagi yang tidak membuat tempahan.



Pelanggan pertama yang masuk ke kedai Apple ialah Encik Kittiwat Wang, 22 tahun, dan Encik Supakorn Rieksiri, 22 tahun, yang merupakan para pelajar Kolej Antarabangsa Universiti Mahidol, yang telah menempah telefon itu lebih awal.



Di belakang mereka ialah Cik Ilha Ahmed, 53 tahun. Peminat setia Apple itu telah beratur sejak 6.30 pagi semalam dengan anak lelakinya.



"Saya tidak fikir saya akan datang lagi pada masa akan datang. Ia bergantung kepada apa yang Apple tawarkan,'' katanya.



Para pembeli dihadkan sebanyak dua telefon bimbit setiap satu.



Apple iPhone X dijual pada harga $1,648 (64 gigabit) dan $1,888 (25 gigabit) - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >