Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IPS kaji reaksi warga S'pura jika berlaku serangan pengganas

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



SEKITAR sepertiga daripada warga Singapura bukan Islam akan meluahkan rasa bersatu padu dengan masyarakat Islam setempat, sekiranya berlakunya serangan oleh kumpulan pelampau Islam dari luar negara.



Mereka akan berbuat demikian dengan memberitahu orang lain bahawa mereka tidak mengaitkan penganut Islam dengan serangan pengganas itu, dan akan lebih cendurung berbuat demikian jika mereka mempunyai lebih banyak pengalaman berinteraksi dengan kaum lain.



Demikian antara dapatan satu kajian oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) Universiti Nasional Singapura (NUS) bertajuk 'Hubungan Masyarakat Di Tengah-Tengah Ancaman Pengganasan' yang laporannya dikeluarkan semalam.



Laporan itu dihasilkan oleh zamil penyelidik kanan IPS Dr Mathew Mathews; penyelidik bersekutu, Encik Leonard Lim; serta penolong penyelidik, Cik Shantini Selvarajan.



Ia mengkaji dapatan tinjauan yang dibiayai Channel NewsAsia pada 2017, yang mendapatkan pandangan seramai 2,031 responden mengenai isu hubungan kaum dan agama dalam konteks ancaman pengganasan.



Tinjauan itu dipercayai yang pertama di Singapura untuk mengkaji secara mendalam reaksi warga Singapura menyusuli sebuah serangan pengganas di negara ini oleh kumpulan yang menggunakan label agama.



Kajian itu menunjukkan "usaha mendalami pemahaman dan integrasi antara pelbagai masyarakat di Singapura, menerusi acara akar umbi, sekolah dan pertubuhan lain harus diteruskan sedang negara ini cuba meningkatkan pertahanan sosialnya sebelum serangan pengganas berlaku."



Ia juga menyarankan agar lebih banyak usaha dijalankan untuk mendekati warga Singapura yang mudah terpengaruh dengan berita palsu tentang masyarakat kaum atau agama yang lain.



"Malah jalinan silang kaum yang kasual seperti menghadiri majlis perkahwinan atau perayaan seseorang daripada kaum lain dalam dua tahun yang lepas, adalah mencukupi untuk meningkatkan kepercayaan seseorang daripada sesebuah kaum.



"Kami mendapati interaksi antara kaum seperti itu merupakan satu faktor penentu hebat dalam keharmonian dan sokongan antara agama, sekali gus menekankan pentingnya menyediakan wadah secukupnya untuk interaksi antara kaum," menurut laporan itu.



Sedang sepertiga warga Singapura bukan Islam menyatakan kesediaan untuk meluahkan rasa bersatu padu dengan masyarakat Islam jika berlakunya serangan pengganas, hanya suku yang akan tergerak mahu menyertai sebuah kempen atau acara yang mengiktiraf bahawa orang Islam bukan penyebab serangan berkenaan.



Oleh itu, kajian tersebut mengusulkan agar warga Singapura perlu lebih proaktif dalam hal ini.



Dalam pada itu, kajian itu membuktikan tahap rasa curiga antara pelbagai kaum sudah pun wujud sebelum berlakunya serangan pengganas.



Lebih ramai orang Cina yang mempunyai rasa curiga terhadap minoriti Melayu dan India, dengan orang Cina daripada status sosioekonomi lebih rendah dilaporkan mempunyai rasa curiga yang lebih mendalam.



Secara keseluruhannya, warga Singapura rata-ratanya akan memaparkan reaksi negatif lebih kuat (seperti rasa curiga atau kerisauan yang lebih tinggi) setelah berlakunya serangan oleh kumpulan luar negara yang mendakwa Muslim, berbanding dengan senario melibatkan serangan oleh kumpulan luar negara yang mendakwa penganut Buddha, Kristian atau Hindu.



Separuh daripada responden berasa masyarakat memerlukan tempoh setahun atau kurang daripada itu untuk pulih setelah berlakunya serangan pengganas.



Laporan lanjut:



Usaha dekati Melayu berpendidikan tentang isu pengganasan



Tahap pendidikan, usia sebab mudah dipengaruh bahan prejudis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >