Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras beri amaran laman web, SMS palsu

Jul 14, 2022 | 09:28 PM



PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) hari ini (14 Julai) memberi amaran tentang laman web palsu Iras dan SMS oleh pihak yang menyamar sebagai pihak berkuasa cukai itu.



Menerusi kenyataannya, Iras berkata laman web palsu dan SMS yang membawa pengguna ke laman web phishing itu bertujuan memperoleh maklumat peribadi daripada orang ramai termasuk butiran Singpass, kad kredit dan akaun bank.







“Laman web palsu itu mengelirukan pembayar cukai bahawa kononnya audit ke atas urusan cukai mereka diperlukan.



“Ia mendakwa bahawa jika pembayar cukai gagal mematuhi audit itu, mereka akan disiasat tanpa pemberitahuan,” ujar Iras.



Bagi urusan cukai, Iras berkata pembayar cukai harus menggunakan MyTax Portal di laman web mytax.iras.gov.sg dengan menggunakan Singpass mereka.



Tambahnya, orang ramai juga boleh mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dengan memeriksa bahawa domain URL di laman web Singpass menunjukkan “singpass.gov.sg” sebelum mereka memasukkan butiran log masuk Singpass mereka.



Mereka juga boleh memadam e-mel mencurigakan yang meminta butiran peribadi mereka serta tidak memuat turun atau membuka sebarang fail dalam e-mel yang mencurigakan.



Orang ramai yang mengesyaki mereka terjejas dengan penipuan itu dinasihatkan membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >