Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras beri peringatan agar waspada e-mel 'dana dari Bill Gates'

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) semalam memberi amaran tentang e-mel mengenai skim penipuan di mana penerima diberitahu mereka perlu membeli "pas kelulusan" untuk mendapat dana dari jutawan Bill Gates.



E-mel yang kononnya dari Iras itu menggunakan nama Pesuruhjaya Iras, Encik Ng Wai Choong.



E-mel itu akan memberitahu penerima bahawa akaun bank mereka telah disekat daripada menerima pemindahan dana antarabangsa yang tidak disahkan berjumlah $20 juta dari Encik Gates, pengasas bersama syarikat sofwe Microsoft. Beliau mempunyai yayasan, dinamakan atas namanya dan bekas isterinya, Melinda, yang melakukan kerja amal.



Penerima akan disuruh mendapatkan surat pengesahan dari "yayasan Bill Gate" atau membeli "pas kelulusan antarabangsa" untuk pemindahan tersebut.



Iras menasihati orang ramai agar tidak menghiraukan e-mel mengenai skim penipuan itu.



Penguasa cukai itu berkata: "Tolong jangan membalas, memberi sebarang butiran peribadi, membuat sebarang bayaran atau mengikut apa-apa arahan oleh penghantar."



Mereka yang telah melakukan demikian dinasihati agar membuat laporan polis.



Penipuan terkini itu menyusuli berita bahawa bank OCBC akan membuat pembayaran muhibah kepada semua pelanggan yang terjejas oleh kes penipuan pancingan data SMS. Hampir 470 pelanggan hilang sekurang-kurangnya $8.5 juta secara keseluruhan bulan lalu.



Iras sebelum ini memberi amaran tentang lagi satu e-mel melibatkan skim penipuan pada November tahun lalu, yang mempunyai dokumen dilampirkan yang mungkin mengandungi virus komputer.



E-mel yang dihantar adalah dari "Penguasa Cukai Pemerintah Singapura" dan mendakwa bahawa penerima mempunyai cukai yang belum dibayar.



Terdapat satu lagi e-mel melibatkan skim penipuan pada Mei lalu, di mana penipu mendakwa telah menerima bayaran penuh penalti pengelakan cukai dari penerima. Penerima disuruh membuka akaun bank baru, atau membalas pengirim e-mel dengan butiran akaun bank mereka.



Ogos lalu, Iras juga memberi amaran tentang panggilan WhatsApp mencurigakan di mana penipu akan memberitahu penerima bahawa mereka menghadapi penalti kerana cukai yang tidak dibayar.



Penipu juga akan menyuruh untuk mengesahkan butiran kad kredit bagi bayaran penalti tersebut.



Iras telah berkata ia tidak menghantar kenyataan pembayaran dan notis cukai pembayar cukai menerusi e-mel. Ia juga tidak membuat panggilan kepada pembayar cukai menerusi wadah mesej seperti WhatsApp.



Penguasa berkata ia tidak akan meminta pembayar cukai untuk membuka akaun bank baru mahupun meminta mereka mengesahkan butiran akaun bank atau kad kredit menerusi telefon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >