Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras hantar bil cukai, pembayar cukai tak perlu kemuka penyata

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



SEBILANGAN pembayar cukai di sini akan menerima bil cukai mereka dari Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) tanpa perlu mengemukakan penyata mereka.



Iras dalam satu kenyataan semalam berkata bahawa pihaknya akan mengirimkan bil cukai secara langsung kepada pembayar cukai terpilih dan bukan mengemukakan notis semasa musim mendaftarkan cukai yang sedang berlangsung sekarang.



Menurut Iras, sebilangan besar pembayar cukai yang sudah berada dalam skim No-Filing Service (NFS) - yang bermaksud mereka tidak lagi diminta untuk mengemukakan penyata cukai - dan tidak membuat penyesuaian terhadap Penyata Pendapatan, Potongan dan Pelepasan mereka ketika mereka menerima notis NFS sebelum menerima bil cukai.



Inilah adalah antara sebab mengapa inisiatif Pemberitahuan Taksiran Langsung dikenalkan, yang mana pembayar cukai dalam skim NFS akan menerima bil cukai mereka secara langsung apabila siap kelak, kata pihak berkuasa.



"Ini dapat dilakukan kerana lebih banyak maklumat pendapatan telah dimasukkan secara automatik, dan pelepasan cukai boleh dibuat secara pra-isi," kata kenyataan itu sambil menambah bahawa pembayar cukai masih boleh menolak penilaian cukai yang dikemukakan jika mereka ingin membuat perubahan pada tuntutan pendapatan dan pelepasan yang dilaporkan di tahap itu.



Lebih ramai pembayar cukai yang menggunakan skim NFS akan menikmati inisiatif perkhidmatan baru ini secara berperingkat-peringkat dalam beberapa tahun akan datang, tambah Iras.



Skim ini adalah antara inisiatif baru Iras untuk mempermudah pemfailan cukai, selain menampilkan reka bentuk yang lebih baik agar lebih mudah dibaca.



Selain itu, Iras juga akan memperluas NFS kepada pembayar cukai yang bekerja sendiri untuk pertama kalinya tahun ini, memberi manfaat kepada ejen komisen yang layak dan pemandu kereta / teksi sewa swasta yang telah menyertai Skim Pra-pengisian Pendapatan.



Di bawah skim ini, maklumat pendapatan pembayar cukai yang bekerja sendiri disertakan dalam penyata cukai mereka.



Pembayar cukai yang layak untuk NFS akan menerima pemberitahuan SMS dari Iras.



Mereka tidak perlu mengemukakan penyata cukai melainkan jika mereka ingin membuat penyesuaian pada perincian pendapatan atau tuntutan pelepasan mereka.



Mereka akan menerima bil cukai mereka mulai Mei 2021.



Iras juga akan mendigitalkan kebanyakan notis mulai Mei 2021, dengan notis kertas diminimumkan.



Pemberitahuan baru juga akan memberikan langkah-langkah mudah yang perlu diambil oleh pembayar cukai dan menampilkan pilihan yang lebih baik untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >