Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras: Jangan jawab panggilan tidak dikenali, awas nombor +65-6269-1422 , +65-6565-9913

Apr 29, 2020 | 04:46 PM



PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati apabila menerima panggilan yang tidak dikenali, terutamanya nombor panggilan +65-6269-1422 dan +65-6565-9913.



Ini kerana penjenayah yang membuat panggilan akan mengaku sebagai kakitangan Iras dan meminta mangsa memberikan butiran peribadi dan akaun bank dengan alasan ia disebabkan kegagalan dalam memulangkan semula wang atau pengembalian wang pencukaian ataupun pembayaran denda bagi kesalahan cukai mereka.



Bagi mengesan panggilan palsu ini, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menjawab panggilan setempat yang menunjukkan tanda '+' di depan nombor telefon itu, kerana ia selalunya panggilan jauh dari luar negara yang cuba mengelabui  mata mangsa dengan memaparkan nombor panggilan sebagai nombor tempatan.



Menurut Iras, ia tidak menghubungi pembayar cukai untuk menanyakan butiran akaun bank untuk membuat pengembalian semula atau meminta bayaran atau denda..



"Bagi hal berkaitan pengembalian wang cukai, kami akan berurusan dengan pembayar cukai menerusi e-mel atau SMS dan meminta orang itu untuk menghubungi nombor pejabat kami," kata Iras.



Orang ramai yang menerima panggilan tidak diketahui itu, dinasihatkan untuk tidak mempeduli panggilan yang diterima dan apa jua arahan yang diberikan pemanggil. Mereka yang telah terjejas dengan penipuan ini dinasihatkan untuk membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >