PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) telah berjaya memperolehi $175 juta daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penalti lain antara Januari dengan September tahun ini, berikutan audit dan siasatan yang dijalankan ke atas lebih 2,000 kes berhubung pengelakan cukai tersebut.
Iras menerusi satu kenyataannya semalam berkata pihaknya telah memilih beberapa syarikat untuk menjalani audit, dengan menggunakan analisis data bagi mengenal pasti syarikat yang berisiko tidak mematuhi undang-undang dan mengelak daripada membayar cukai.