Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras siasat kes elak cukai setem bagi urus niaga hartanah

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



PENGUASA Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras) sedang menyiasat urus niaga hartanah di bawah satu audit untuk membongkar kes pengelakan cukai setem, kata agensi cukai itu dalam satu kenyataan pada Khamis.



Ia sedang meneliti "pelbagai bentuk aturan pegangan hartanah", termasuk "senario di mana pembeli membeli hartanah di bawah perkiraan yang direka atau buatan untuk mengurangkan atau mengelakkan cukai setem pembeli tambahan (ABSD), atau sebarang bentuk cukai setem lain yang mereka perlu bayar", kata Iras.



Agensi itu tidak memberikan butiran tentang jenis aturan yang mungkin ditafsirkan sebagai pengelakan cukai, tetapi ia menjawab pertanyaan media selepas timbul laporan bahawa ia telah melancarkan audit pembelian hartanah privet yang melibatkan kontrak jualan "99-to-1", yang boleh digunakan untuk mengelak daripada membayar ABSD.



Dalam kenyataan Iras pada Khamis, tiada butiran diberikan mengenai jumlah urus niaga yang mungkin dilihat sebagai kes pengelakan cukai.



ABSD yang dikenakan pada hartanah kedua dan seterusnya telah diperkenalkan pada 2011 sebagai salah satu daripada beberapa langkah meredakan pasaran hartanah.



Kadar ABSD telah dinaikkan dan kini berada pada 17 peratus untuk hartanah kedua, dan 25 peratus untuk pembelian seterusnya.



Dipanggil perjanjian "99-to-1", pembeli kali pertama membeli hartanah sebagai pembeli tunggal tidak perlu membayar ABSD tetapi selepas itu menjual 1 peratus pegangan dalam hartanahnya kepada saudara atau anggota keluarga.



Saudaranya itu kemudian dinamakan sebagai pemilik bersama, yang membiayai harta tersebut bersama.



Aturan itu membolehkan seseorang yang sudah memiliki hartanah privet, dan mempunyai mereka yang ada pertalian, menjadi sebagai pembeli hartanah tambahan itu.



Jangkaan adalah bahawa pemilik kedua kemudiannya akan dikehendaki membayar hanya 1 peratus daripada ABSD yang boleh dikenakan ke atas pembelian hartanah tambahan mereka.



Bukti anekdot menunjukkan bahawa amalan sedemikian, walaupun tidak berleluasa, tetapi sudah biasa berlaku.



Seorang pemerhati pasaran berkata beliau mengetahui tentang ketua pasukan agensi hartanah yang, secara rahsia mengajar ejen cara menjalankan urus niaga "99-to-1" ini.



Aturan sedemikian membantu ejen menjamin urus niaga untuk pembeli yang berminat, tetapi disekat oleh ABSD yang perlu dibayar kerana mereka sudah memiliki hartanah.



Iras sedang menghantar surat kepada beberapa pembeli kali pertama hartanah privet untuk mendapatkan penjelasan sebab mereka menjual hanya 1 peratus daripada hartanah mereka itu kepada anggota keluarga, tidak sampai seminggu selepas membelinya.



Tiada sekatan masa untuk cukai setem, dan Iras boleh menjalankan audit ke atas mana-mana kes dan urus niaga cukai setem yang lalu, kata Iras dalam kenyataannya pada Khamis.



Dalam kes pengelakan cukai, Pesuruhjaya Cukai Setem akan mengabaikan atau mengubah sebarang aturan pengelakan cukai, mendapatkan semula jumlah cukai setem yang sah dan mengenakan bayaran 50 peratus.



Denda lebih lanjut sehingga empat kali ganda jumlah tertunggak boleh dikenakan jika cukai setem dan bayaran tidak dibayar sebelum tarikh akhir.



Veteran industri, Encik Nicholas Mak, berkata sesetengah ejen mungkin cenderung untuk menggalak aturan "99-to-1" kerana mereka mempunyai kepentingan dalam penjualan itu.



"Pembeli rumah mungkin tidak tahu tentang undang-undang," kata Encik Mak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >