Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Irfan sertai Home United

Jan 06, 2016 | 07:06 PM



HOME United telah memperkuat jentera serangan mereka dengan menandatangani pemain muda paling hangat Singapura, Irfan Fandi, anak sulung Fandi Ahmad.


Terkenal dengan keupayaannya di udara, badan sasa dan teknik baik, penyerang setinggi 1.88 meter dan berumur 18 tahun itu akan menjadi pemain termuda Home.


Ditandatangani di bawah kontrak setahun, Irfan akan menyertai bekas pemain LionsXII seperti penyerang Khairul Nizam, pemain sayap Faris Ramli dan pemain tengah Zulfahmi Arifin, serta Ken Ilso, yang pernah bermain dalam divisyen kedua Bundesliga.


Warga Denmark itu penjaring terbanyak musim lalu Home dengan 11 gol.


"Ciri-ciri Irfan sebagai seorang atlek menonjol dalam kalangan rakan-rakannya, dan dia telah menunjukkan keupayaannya bermain sebagai targetman. Saya percaya dia boleh membawa satu set mutu baik ke barisan hadapan," kata ketua eksekutif Home, Azrulnizam Shah Sohaimi, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (6 Jan).


Jurulatih Philippe Aw pula berkata: "Keupayaannya di udara dan dinamismenya akan menambahkan kekuatan kepada pasukan kami."


Irfan telah menangguhkan impian bermain di Eropah dan Amerika Selatan selama dua tahun, kerana dia mungkin menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada akhir tahun ini.


Bersama adiknya Ikhsan, 16 tahun, beliau pernah menjalani latihan di pasukan peringkat tinggi Chile, Universidad Catolica, dari akhir 2013 hingga awal tahun lepas.


Setelah kembali ke Singapura dan beraksi bagi Sukan SEA sulungnya pada Jun lalu, Irfan memilih kekal di Singapura, buat masa sekarang.


Beliau memberitahu akhbar itu: "Tiada apa-apa yang berubah. Saya hanya berharap dapat cepat memasuki NS, dan cepat keluar. NS satu laluan ke alam dewasa yang setiap lelaki warga Singapura perlu lalui dan saya mengambil ini secara positif.


"Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan saya kekal mengejar impian saya untuk bermain bola sepak profesional di luar negara."


Ini akan menjadi kali pertama Irfan menyertai barisan pemain senior dalam Liga-S


Tahun lepas, beliau bermain bagi Courts Young Lions, yang pada dasarnya merupakan skuad bawah 23 Singapura, dan menjaringkan dua gol dalam sembilan penampilan.


Ditanya apa yang menarik beliau ke Home, Irfan berkata: "Gaya bola sepak yang Home main musim lalu sangat menarik. Mereka satu-satunya pasukan dalam liga yang bermain dengan hantaran pendek dan mereka membawa bola melalui pelbagai saluran, tetapi pada masa sama kekal mengawal bola."


Beliau menambah: "Ia (menyertai Home) akan menjadi perbezaan besar bagi saya kerana Young Lions ialah sebuah pasukan bagi pembangunan belia, kami memandang setiap perlawanan sebagai peluang untuk belajar.


"Tetapi sekarang di Home, kami mempunyai harapan dan matlamat lebih besar. Dengan ini, saya berasa saya perlu terus meningkatkan permainan saya untuk diturunkan bermain, sesuatu yang penting bagi pembangunan saya sebagai seorang pemain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >