Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Irsyad Pejabat Mufti: Tidak wajib solat Jumaat apabila mutu udara memudaratkan

Sep 25, 2015 | 12:45 PM



ORANG Islam boleh tidak menghadiri solat Jumaat dan solat jemaah lain di masjid apabila mutu udara mencapai paras membahayakan kesihatan atau berpotensi mengancam nyawa disebabkan masalah jerebu, jelas Pejabat Mufti dalam sebuah irsyad, atau panduan agama, yang dikeluarkan semalam.


Ini terutama bagi kanak-kanak dan mereka yang berumur atau menghidapi masalah kesihatan, seperti masalah jantung dan pernafasan, yang harus mengambil langkah berhati-hati dan mengurangkan kegiatan luar.


Bagaimanapun, mereka yang tidak melaksanakan solat Jumaat harus menggantikannya dengan menunaikan solat zuhur.


Pejabat Mufti juga menekankan bahawa kewajipan solat secara dasarnya tidak gugur dalam keadaan ini.


Menurut irsyad tersebut, Islam amat menitiberatkan kesejahteraan kehidupan insan dan oleh itu, menyediakan keringanan (rukhsah) tatkala insan ditimpa kesusahan atau kesempitan.


Ini sebagaimana ayat Al-Quran yang bermaksud: Allah swt menginginkan kemudahan buatmu dan Dia tidak menginginkan keburukan buatmu. (Surah Al-Baqarah: 185).


Dalam soal solat, Nabi Muhammad saw telah menetapkan prinsip berkaitan solat berjemaah tatkala dalam situasi dan cuaca yang boleh memudaratkan diri.


Terdapat sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar ra yang bermaksud: Nabi saw memerintahkan muazin supaya melaungkan azan, setelah itu beliau melaungkan seruan: "Hendaklah kamu solat di rumah kamu", dan ini berlaku pada malam sejuk, atau tatkala hujan ketika musafir.


Ini menunjukkan solat berjemaah tidak diwajibkan tatkala hujan terlalu lebat atau cuaca sejuk memudaratkan serta apa jua kesukaran berat yang dianggap sebagai keuzuran yang menimpa seseorang.


Keringanan ini bukan bagi solat fardu berjemaah di masjid sahaja, bahkan segala jenis solat jemaah, seperti solat Jumaat dan solat tarawih.


Irsyad itu juga mengesa jemaah serta masjid supaya berusaha sedapat mungkin melaksana segala ibadah dan kegiataan keagamaan di ruang tertutup masjid.


Ini juga sesuai dengan semangat Islam yang menggalak umatnya mengambil langkah berjaga-jaga daripada terkena kesakitan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >