Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isa Kamari terima anugerah Mastera

Sep 15, 2018 | 05:30 AM



SASTERAWAN mapan setempat, Encik Isa Kamari, telah diiktiraf dengan Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2018.



Encik Isa, 58 tahun, yang merupakan seorang tokoh terkemuka dalam kalangan penulis setempat, disampaikan anugerah itu dalam satu majlis di Hotel Antarabangsa Rizqun di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, malam tadi.



Selain Encik Isa, penerima lain anugerah itu tahun ini adalah Encik Goenawan Mohamad dari Indonesia, Dato' Dr Khamal Abdullah (Kemala) dari Malaysia serta Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seria Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (Adi Rumi) dari Brunei Darussalam.



Penerima Anugerah Sastera Mastera menerima sijil dan plak pengiktirafan serta hadiah wang tunai sebanyak $10,000.



Anugerah berprestij itu diberi kepada tokoh sastera atau sasterawan dari negara Mastera sebagai penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada mereka yang menulis dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif dalam bidang sastera.



Sebelum ini, Cikgu Suratman Markasan juga telah menerima anugerah itu pada 2014.



Encik Isa yang juga pemenang Pingat Budaya pada 2007 berkata beliau menerima anugerah tersebut dengan rendah hati.



"Semangat yang berkobar menjadikan jiwa lebih mantap dan cergas untuk terus berbakti kepada bangsa yang saya cinta.



"Samudera terbentang, layar terkembang, sarat bahtera menyinggah pelabuhan, menebar cinta dan khazanah bangsa di merata dunia, insya-Allah," kata beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Divisyen Seni Bina (Reka Bentuk) Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Encik Isa yang aktif membina dan mengembangkan kegiatan sastera Melayu melalui kritikan dan penulisannya itu juga pernah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini termasuk Anugerah Tun Seri Lanang pada 2009 dan Anugerah Penulisan Asia Tenggara pada 2006.



Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Pengerusi Panel Pencalonan Anugerah Sastera Mastera 2018 bagi Singapura menyifatkan Encik Isa sebagai penulis mapan yang terkenal bukan sahaja di Singapura tapi juga di rantau ini.



"Karya beliau dinamik dan mengetengahkan isu kontemporari. Beliau juga seorang penulis dwibahasa.



"Karyanya sudah banyak diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, Mandarin, Turkey serta Urdu dan ini merupakan sumbangan yang sangat berharga dalam usaha mengantarabangsakan sastera Melayu Singapura.



"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Isa Kamari dan semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk meneruskan sumbangannya kepada arena sastera setempat dan antarabangsa," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >