Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

ISD bebaskan pegawai risik upahan Dickson Yeo

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PEMBEBASAN WARGA SINGAPURA YANG DITAHAN BAWAH ISA

ISD bebaskan pegawai risik upahan Dickson Yeo

Dibebaskan di bawah arahan penggantungan dan disifat tidak lagi beri sebarang ancaman keselamatan
Dec 15, 2021 | 05:30 AM

SEORANG lelaki warga Singapura yang telah bertindak sebagai pegawai perisik yang diupah oleh sebuah pihak luar negara untuk mendapatkan maklumat sensitif dari Amerika Syarikat telah dibebaskan dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Dickson Yeo, 40 tahun, tidak lagi memberi sebarang ancaman keselamatan.

Dia diberkas di Amerika Syarikat pada November 2019 dan diusir ke Singapura pada 30 Disember, di mana dia langsung ditahan.

Yeo kemudian ditahan di bawah ISA Januari tahun ini kerana bertindak sebagai ejen yang diupah pihak dari luar negara.

ISD tidak menamakan pihak luar negara itu tetapi Yeo sebelum ini membuat pengakuan di mahkamah persekutuan Amerika bahawa dia bertindak di bawah arahan ejen China untuk mendapatkan maklumat sensitif dari warga Amerika.

Yeo, yang dikenakan hukuman penjara 14 bulan mendakwa di hadapan mahkamah Amerika bahawa dia tidak berniat jahat terhadap negara itu dan tidak mengkhianati Singapura.

Dalam kenyataan semalam, ISD berkata siasatan terhadap aktiviti Yeo menunjukkan bahawa urusannya dengan pihak luar negara dilakukan secara rahsia.

Pihak luar negara telah menghubunginya pada 2015 melalui laman jaringan kenalan profesional dalam talian.

Mereka kemudian mengundangnya menghadiri simposium di luar negara, di mana dia diminta menulis laporan untuk mereka.

Semasa dalam perjalanan ke Beijing pada 2015, Yeo direkrut ejen dari China yang mendakwa mereka mewakili kumpulan pemikir atau 'think-tank'.

Pada masa itu, Yeo sedang menuntut di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Antara 2016 dengan 2019, Yeo menjalankan beberapa tugas yang telah diberikan kepadanya oleh pihak luar negara itu dan dibayar.

Menurut ISD, Yeo sedar pegawai-pegawai yang berurusan dengannya itu bekerja untuk kumpulan risikan pihak luar negara.

"Siasatan menunjukkan bahawa Yeo ditugaskan untuk mencari maklumat dan memberikan laporan berdasarkan isu yang ditentukan ejen luar negara itu, dan dia dibayar jumlah yang besar bagi tugas itu," tambah ISD.

"Laporan yang dihasilkan itu kebanyakannya berkaitan isu geopolitik dan perkembangan global dan serantau, termasuk isu berkaitan Singapura."

Dalam melakukan tugasnya, Yeo bertemu dengan beberapa individu dari Singapura yang dilihat sebagai mempunyai maklumat mengenai isu-isu tertentu.

Dia juga telah menubuhkan syarikat palsu di Singapura dan meletakkan iklan pekerjaan di laman sosial untuk mengenal pasti penulis dan bakat untuk ejen-ejen luar negara yang berurusan dengannya.

Yeo akan memberitahu individu yang ditemuinya bahawa isu yang akan diberi tumpuan adalah "topik kajian" bagi pelanggan dari luar negara.

ISD juga berkata Yeo telah memohon pekerjaan untuk jawatan sensitif dalam pemerintah untuk menambah maklumat khas yang diterima.

"Meskipun demikian, usahanya untuk mencari pekerjaan dalam sektor awam tidak berhasil," menurut jabatan itu.

"Berdasarkan hasil siasatan ISD, Yeo tidak berjaya memperolehi atau menyampaikan sebarang maklumat rahsia tentang Singapura kepada ejen luar negara itu.

"Maklumat dari temu ramah ISD dengan individu yang dihampiri Yeo dan siasatan lain telah menunjukkan apa yang telah didedahkan Yeo dan pengakuannya."

Yeo dibebaskan di bawah arahan penggantungan, yang boleh dibatalkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Menurut ISD, Yeo boleh ditahan semula jika tidak mematuhi syarat tertentu, namun tidak mendedahkan syarat yang dikenakan ke atasnya.


URUTAN PEMBABITAN DICKSON YEO SELAKU PERISIK

2015:

Dickson Yeo direkrut ejen dari China yang mendakwa mereka wakili kumpulan pemikir atau 'think-tank'

Pada masa itu, Yeo sedang menuntut di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di NUS

2016-2019:

Yeo jalankan beberapa tugas yang telah diberikan kepadanya oleh pihak luar negara itu dan dibayar oleh mereka

November 2019:

Diberkas di Amerika Syarikat

Julai 2020:

Yeo mengaku salah bertindak di bawah arahan pegawai perisik China untuk dapatkan maklumat sensitif daripada warga Amerika

Disember 2020:

Yeo diberkas ISD apabila dia pulang ke Singapura

Disember 2021:

Yeo dibebaskan di bawah arahan penggantungan. Menurut ISD, Yeo boleh ditahan semula jika tidak mematuhi syarat tertentu

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3