Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISD, polis siasat kes lelaki ayun pedang di Buangkok

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



JABATAN Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang bekerjasama untuk menyiasat kejadian seorang lelaki yang mengayunkan pedang ke arah orang awam dan kenderaan dekat Buangkok Crescent kelmarin.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam semalam, ISD berkata, lelaki warga Singapura itu, Fadhil Yusop, 37 tahun, dikatakan memekik "Allahu Akbar" ketika kejadian tersebut.



Dia dipercayai bertindak seorang diri dan siasatan awal mendapati kejadian itu bukan perbuatan keganasan, kata ISD.



Fadhil ditangkap polis dan akan didakwa di mahkamah hari ini.



Dalam kenyataannya, ISD berkata, mereka pernah menyiasat Fadhil pada 2016 kerana berkongsi gambar kumpulan militan seperti Briged Izz ad-Din Al-Qassam Hamas dalam talian.



"Bagaimanapun, tiada sebarang tanda dia telah diradikalkan atau berniat untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.



"Fadhil diberi amaran bertulis atas perkongsian media sosialnya," kata ISD.



Pada Januari 2020 pula, Fadhil ditahan polis setelah mendekati seorang imam di Masjid Al-Mawaddah dengan sebilah pisau.



Siasatan ISD dan polis ketika itu mendapati serangan Fadhil pada masa itu bukan bersifat keganasan.



Dia didapati mengambil sejumlah besar pil yang mengandungi dextromethorphan, yang menyumbang kepada tingkah lakunya pada masa itu, jelas ISD.



Dia telah dipenjara sembilan bulan dua minggu dan dibebaskan pada Julai 2020.



"Meskipun Fadhil dinilai tidak diradikalkan, dia dirujuk bagi kaunseling agama selepas kejadian kedua ini sebagai langkah berjaga-jaga," kata ISD lagi.



Ia menambah bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan polis untuk menyiasat serangan terkini Fadhil dan akan memberi kemas kini dalam masa terdekat.



Fadhil telah diberkas polis pada 14 Mac setelah ditahan lima orang umum berikutan serangan ke arah orang awam dan kenderaan dan merosakkan sekurang-kurangnya tiga kereta di kawasan tersebut menggunakan pedang.



Polis berkata, mereka telah merampas pedang dan siasatan sedang dijalankan.



Dalam beberapa video yang dikongsi menerusi media sosial, Fadhil kelihatan berjalan di jalan raya sambil membawa pedang bersamanya.



Apabila kereta berlalu melintasinya, dia mengayunkan pedang ke arah kereta-kereta tersebut.



Ketika berjalan menuju ke kawasan lalu-lintas, dia cuba menyerang seorang pejalan lelaki namun tergelincir dan jatuh ke lantai.



Beberapa pejalan kaki kemudian menerkam dan menahannya.



Jika disabit kesalahan ugutan, Fadhil boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya.



Jika didapati bersalah memiliki senjata di tempat awam, dia boleh dijel sehingga tiga tahun dan dirotan sekurang-kurangnya enam kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >