Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PENILAIAN ANCAMAN PENGGANASAN

ISD sedar timbul ancaman baru seperti fahaman pelampau sayap kanan

Gerakan pelbagai daripada kumpulan antipendatang asing kepada ahli teori konspirasi, kumpulan lebih tersusun, berupaya serang
Jun 24, 2021 | 05:30 AM



SEMENTARA pengganasan menggunakan nama Islam terus menjadi keprihatinan utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) sedar tentang ancaman baru seperti fahaman pelampau sayap kanan.



Pada Disember 2020, kes radikalisasi sendiri fahaman kanan yang pertama telah dikesan di Singapura.



Dalam Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2021, ISD berkata kejadian dan perkembangan di luar negara seperti rasa tidak puas hati, ucapan kebencian dan hujah yang memecahbelahkan dari sumber asing, juga boleh mengancam keselamatan Singapura dan keharmonian masyarakat.



Laporan itu dikeluarkan setiap dua tahun dengan tujuan untuk memaklumkan kepada rakyat Singapura mengenai sekitaran keselamatan di dalam negeri dan serantau.



Ia pertama kali diterbitkan pada Jun 2017.



ISD menjelaskan, kelakuan radikal yang menyokong keagungan satu-satu bangsa serta idea anti-Islam dan antiimigresen, kini menjadi satu keprihatinan besar di luar negara dan ancaman yang pesat berkembang di beberapa negara Barat.



Gerakan fahaman pelampau kanan adalah pelbagai, kata ISD, daripada kumpulan antipendatang asing kepada ahli teori konspirasi.



Laporan itu menarik perhatian bahawa kumpulan fahaman pelampau sayap kanan dilaporkan kini lebih tersusun dan berupaya menyerang.



Selain itu, semakin banyak kes yang menjadi radikal sendiri dalam fahaman pelampau kanan di luar negara, melibatkan golongan belia dan remaja yang direkrut menerusi media sosial serta wadah permainan video.



"Meskipun fahaman pelampau kanan buat masa ini belum ada pengikut yang signifikan di Asia Tenggara, tetapi mesej lebih luas mengenai fahaman cauvinis etno-keagamaan dan antiimigrasi, telah mendapat tempat dalam kalangan beberapa kumpulan tegar di rantau ini," jelas laporan itu.



ISD memberi amaran bahawa keganasan sedemikian boleh mencetuskan serangan balas daripada kumpulan pelampau Islam.



Ini dapat dilihat berikutan kejadian tembakan di masjid di Christchurch pada Mac 2019, apabila kumpulan pelampau Islam mengancam untuk membuat serangan membalas dendam terhadap sasaran beragama Kristian dan sasaran Barat.



Satu daripada dua serangan berpotensi diatur individu perseorangan yang berjaya dipatahkan oleh ISD, adalah seorang pelajar Singapura berusia 16 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember lalu.



Remaja itu telah merancangkan komplot untuk menyerang masyarakat Islam di dua masjid di sini, pada ulang tahun kedua serangan Christchurch di New Zealand.



Remaja berkenaan adalah individu termuda ditahan di bawah ISA dan tahanan pertama yang dipengaruhi oleh ideologi fahaman pelampau sayap kanan.



Pada Februari, Amirull Ali, 20 tahun, seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), ditahan di bawah ISA kerana merancang menggunakan pisau untuk menyerang dan membunuh masyarakat Yahudi yang sedang meninggalkan sinagog serta mahu menyertai tentera Hamas di Palestin.



Kata laporan itu, walaupun Singapura belum melihat hujah meluas mengenai Islamofobia dan kes-kes sedemikian adalah terkawal dan sekali-sekala, namun ia tidak bermakna bahawa kita tidak terkecuali.



ISD mengingatkan bahawa hujah sedemikian berleluasa di media sosial.



"Kita harus terus berwaspada dan mengambil pegangan tegas terhadap sebarang hujah yang menggalak kebencian atau kemarahan terhadap masyarakat lain dan tidak menyokong sebarang tindakan ganas, tidak kira apa pun alasan melakukannya," terang ISD.




"Meskipun fahaman pelampau kanan buat masa ini belum ada pengikut yang signifikan di Asia Tenggara, tetapi mesej lebih luas mengenai fahaman cauvinis etno-keagamaan dan antiimigrasi, telah mendapat tempat dalam kalangan beberapa kumpulan tegar di rantau ini...

Kita harus terus berwaspada dan mengambil pegangan tegas terhadap sebarang hujah yang menggalak kebencian atau kemarahan terhadap masyarakat lain dan tidak menyokong sebarang tindakan ganas, tidak kira apa pun alasan melakukannya."

- Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2021 oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >