Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isi rumah SG boleh dapatkan baucar CDC $100 dalam talian

Dec 13, 2021 | 09:52 PM



SEMUA isi rumah warga Singapura kini boleh mendapatkan baucar bernilai $100 yang boleh dibelanjakan di lebih 10,000 pegerai dan penjaja di estet perumahan.



Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), bernilai $130 juta keseluruhannya, akan diagih kepada 1.3 juta isi rumah dan boleh didapatkan secara digital mulai semalam bagi digunakan hingga 31 Disember 2022. 



Seorang warga Singapura dari setiap isi rumah boleh mendapatkan baucar tersebut dalam talian, yang memerlukan Singpass, dan akan menerima satu lagi pautan yang akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftar. 



Pautan itu boleh dikongsi melalui aplikasi mesej kepada anggota isi rumah sama yang boleh menggunakan baucar itu dalam denominasi $2, $5, dan $10. 



Skim baucar CDC itu dilancarkan buat julung kalinya Jun lalu bagi membantu lebih 400,000 keluarga kurang bernasib baik, dan ia seterusnya diumumkan sekali lagi Januari tahun ini. 



Dalam ucapannya semasa majlis pelancaran ketiga skim itu pada Isnin (13 Dis) di Kelab Masyarakat Jurong Spring, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata baucar tersebut bertujuan menyampaikan ucapan terima kasih pemerintah kepada warga Singapura atas perpaduan yang dipapar semasa pandemik ini. 



Ia juga diharap dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian, termasuk bagi makanan dan barang keperluan serta khidmat rumah, kata Encik Lee, dan pada masa sama membantu peniaga tempatan mengharungi pandemik Covid-19.



“Usaha memerangi Covid-19 ini adalah satu perjalanan panjang dan berliku. Virus ini telah mengejutkan kita beberapa kali, mendorong kita menyesuaikan respons sewajarnya. 



“Ini memang sesuatu yang mencabar bagi semua, terutama penduduk dan perniagaan di estet perumahan, dalam menyesuaikan diri dengan dasar baru serta situasi berubah. 



“Terima kasih atas daya tahan dan kepercayaan serta sokongan anda yang berterusan dalam mengharungi tempoh sukar ini,” kata beliau.



Encik Lee, yang juga pengerusi Persatuan Rakyat (PA), berkata skim baucar tersebut dilakukan secara digital sepenuhnya untuk memudahkan orang ramai.



Di Facebook, Encik Lee turut berkongsi pengalamannya menggunakan baucar CDC itu dengan membeli durian, nasi padang dan cemil-cemilan dari beberapa gerai kejiranan.



"Memilih untuk menggunakan digital sepenuhnya bermakna peniaga dan penjaja kami dapat elak kerumitan mengendalikan baucar fizikal.



"Mereka juga akan mendapat pembayaran mereka dengan cepat - pada hari berikutnya. Hampir 10,000 peniaga telah menyertai skim itu setakat ini," tulis beliau di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >