Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isi rumah SG boleh dapatkan baucar CDC $100 dalam talian

Diagih mulai semalam, boleh digunakan di lebih 10,000 pegerai, penjaja di estet perumahan hingga Dis tahun depan
cdc
Dec 14, 2021 | 05:30 AM



SEMUA isi rumah warga Singapura kini boleh mendapatkan baucar bernilai $100 yang boleh dibelanjakan di lebih 10,000 pegerai dan penjaja di estet perumahan.



Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), bernilai $130 juta keseluruhannya, akan diagih kepada 1.3 juta isi rumah dan boleh didapatkan secara digital mulai semalam bagi digunakan hingga 31 Disember 2022.



Seorang warga Singapura dari setiap isi rumah boleh mendapatkan baucar tersebut dalam talian, yang memerlukan Singpass, dan akan menerima satu lagi pautan yang akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftar.



Pautan itu boleh dikongsi melalui aplikasi mesej kepada anggota isi rumah sama yang boleh menggunakan baucar itu dalam denominasi $2, $5, dan $10.



Skim baucar CDC itu dilancarkan buat julung kalinya Jun lalu bagi membantu lebih 400,000 keluarga kurang bernasib baik, dan ia seterusnya diumumkan sekali lagi Januari tahun ini.



Dalam ucapannya semasa majlis pelancaran ketiga skim itu semalam di Kelab Masyarakat Jurong Spring, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata baucar tersebut bertujuan menyampaikan ucapan terima kasih pemerintah kepada warga Singapura atas perpaduan yang dipapar semasa pandemik ini.



Ia juga diharap dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian, termasuk bagi makanan dan barang keperluan serta khidmat rumah, kata Encik Lee, dan pada masa sama membantu peniaga tempatan mengharungi pandemik Covid-19.



"Usaha memerangi Covid-19 ini adalah satu perjalanan panjang dan berliku. Virus ini telah mengejutkan kita beberapa kali, mendorong kita menyesuaikan respons sewajarnya.



"Ini memang sesuatu yang mencabar bagi semua, terutama penduduk dan perniagaan di estet perumahan, dalam menyesuaikan diri dengan dasar baru serta situasi berubah.



"Terima kasih atas daya tahan dan kepercayaan serta sokongan anda yang berterusan dalam mengharungi tempoh sukar ini," kata beliau.



Encik Lee, yang juga pengerusi Persatuan Rakyat (PA), berkata skim baucar tersebut dilakukan secara digital sepenuhnya untuk memudahkan orang ramai.



Penjaja juga boleh menjejak transaksi dan menerima bayaran lebih pantas dan mudah, sementara penduduk boleh berbelanja dengan lebih mudah menggunakan baucar digital.



Encik Lee berkata CDC bekerjasama dengan agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat sepanjang beberapa bulan lalu untuk mereka skim tersebut dan memastikan pengalaman yang bagi pengguna serta menerangkan penggunaannya kepada penjaja di estet perumahan.



Beliau menambah bahawa warga Singapura boleh mendapatkan bantuan berkaitan skim baucar itu di semua kelab masyarakat, hab Masyarakat Digital SG, serta pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) atau Rangkaian Penduduk di kawasan yang mempunyai lebih ramai penduduk warga emas.



Duta Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) juga akan membuat kunjungan rumah ke rumah untuk menerangkan skim baucar itu kepada warga emas.



"Kami akan belajar daripada pengalaman ini supaya pada masa depan, jika skim seperti ini dilancarkan lagi, ia akan lebih mudah bagi semua orang," kata Encik Lee.



Pelekat unik akan digunakan untuk mengenal pasti penjaja terlibat dalam skim ini.



Mereka yang tidak boleh mendapatkan baucar secara digital, contohnya kerana tidak mempunyai telefon bijak, boleh pergi ke kelab masyarakat untuk mendapatkannya.



Untuk menggunakan baucar itu secara digital, pengguna perlu menekan pautan baucar CDC, pilih jumlah yang ingin digunakan dan tunjukkan kod QR kepada penjaja, yang kemudian akan mengimbas kod QR tersebut menggunakan aplikasi RedeemSG.



Mereka yang menggunakan baucar fizikal boleh menunjukkan kod QR yang tertera pada baucar itu.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di www.cdc.gov.sg




"Usaha memerangi Covid-19 ini adalah satu perjalanan panjang dan berliku. Virus ini telah mengejutkan kita beberapa kali, mendorong kita menyesuaikan respons sewajarnya. Ini memang sesuatu yang mencabar bagi semua, terutama penduduk dan perniagaan di estet perumahan, dalam menyesuaikan diri dengan dasar baru serta situasi berubah. Terima kasih atas daya tahan dan kepercayaan serta sokongan anda yang berterusan dalam mengharungi tempoh sukar ini."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >