Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isi rumah S'pura perlu jimat elektrik sedang kos naik: Gan

Ini susuli harga bahan bakar yang meningkat dua kali ganda
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



ISI rumah di Singapura digesa untuk menjimatkan elektrik sedang kos dijangka naik menyusuli harga bahan bakar yang meningkat dua kali ganda, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.



Encik Gan berkata harga bahan bakar telah meningkat lebih dua kali ganda sejak satu setengah tahun yang lalu, dan memberi kesan kepada negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Britain dan negara-negara di Kesatuan Eropah.



Pergerakan harga di pasaran tenaga global akan mempengaruhi Singapura, yang mengimport hampir 100 peratus daripada keperluan tenaganya, kata Encik Gan.



Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis di Parlimen Selasa lalu kepada Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) yang bertanya mengenai kenaikan harga gas asli, yang dijangka menyebabkan lonjakan harga elektrik di Singapura pada suku berikutnya, dan usaha untuk mengurangi kesannya.



Encik Pillai juga bertanya mengenai rancangan pemerintah untuk membantu keluarga yang terjejas oleh pandemik Covid-19 dan menggalakkan mereka untuk lebih cekap tenaga.



Pengendali grid nasional SP Group mengumumkan pada 30 September lalu bahawa tarif elektrik untuk isi rumah akan meningkat sebanyak 3.1 peratus dari Oktober hingga Disember.



Ini adalah harga tertinggi sejak Januari hingga Mac tahun lalu.



Hampir satu daripada dua isi rumah di Singapura membeli elektrik daripada SP Group sehingga April tahun ini.



Agensi Tenaga Antarabangsa melaporkan bahawa harga elektrik meningkat 54 peratus pada separuh pertama tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020 di ekonomi negara maju di seluruh dunia.



Ini disebabkan oleh kenaikan harga bahan bakar fosil akibat pandemik tahun lalu dan juga perubahan permintaan elektrik, katanya.



Encik Gan berkata kesan kenaikan harga bahan bakar dalam jangka masa pendek dikurangkan di sini dengan dua cara.



Pertama, syarikat penjana kuasa membeli sebahagian besar gas asli mereka di bawah kontrak bekalan gas bertahun-tahun. Kedua, pengguna juga dapat mengalami kestabilan harga ini melalui pelan harga tetap.



Namun, harga bahan bakar yang tinggi akhirnya akan menjejas harga elektrik Singapura, kata Encik Gan.



"Walaupun ada usaha terbaik untuk menggunakan tenaga suria di Singapura, kami memiliki ruang yang terbatas dan harus terus bergantung pada tenaga yang diimport, dan terjejas dengan pergerakan harga global," ujar Encik Gan.



Encik Gan berkata harga elektrik borong kekal rendah di bawah kos pengeluaran elektrik dalam lima tahun kebelakangan ini, kerana kapasiti penjanaan yang berlebihan.



"Dengan meningkatnya permintaan daripada sektor seperti pusat data, rangkaian 5G dan kenderaan elektrik, kami akan melihat harga elektrik meningkat dan mencapai tahap biasa.



"Tidak ada syarikat yang dikendalikan secara komersial akan menjual elektrik di bawah kos selama-lamanya," katanya.



Isi rumah yang layak akan menerima Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - Rebat U-Save untuk membantu mereka dengan perbelanjaan bil api air, kata Encik Gan.




"Dengan meningkatnya permintaan daripada sektor seperti pusat data, rangkaian 5G dan kenderaan elektrik, kami akan melihat harga elektrik meningkat dan mencapai tahap biasa.

Tidak ada syarikat yang dikendalikan secara komersial akan menjual elektrik di bawah kos selama-lamanya."

- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >