Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isi rumah S'pura terima baucar CDC $100, sokongan kewangan lain

Apr 04, 2022 | 04:41 PM



LEBIH banyak sokongan akan diberikan kepada isi rumah disebabkan kesan ekonomi dek peperangan di Ukraine.



Sesetengah langkah sokongan Belanjawan juga akan diberikan lebih awal, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong di parlimen pada Isnin (4 Apr).



Beliau berkata, peperangan itu telah menyebabkan inflasi semakin meningkat di seluruh dunia, dan faktor lain seperti isu rantaian bekalan, telah menyebabkan harga semakin meningkat.



Oleh itu, baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bagi 2022, yang telah diumumkan pada Belanjawan tahun ini, akan diberikan kepada setiap isi rumah warga Singapura jelang pertengahan Mei, kata Encik Wong.



Lebih banyak sokongan kewangan juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang lebih terjejas oleh kenaikan harga dalam tempoh ini.



Semua pemohon bantuan jangka pendek hingga sederhana ComCare baru antara April dan September 2022 akan diberi sekurang-kurangnya enam bulan sokongan daripada pejabat perkhidmatan sosial, kata Encik Wong.



Isi rumah yang sudah menggunakan skim bantuan ini juga boleh melanjutkan bantuan mereka sekurang-kurangnya tiga bulan lagi jika mereka memerlukan bantuan lanjut.



Isi rumah berpendapatan rendah juga akan mendapat lebih banyak bantuan dengan tambang pengangkutan awam mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >