Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PENILAIAN ANCAMAN PENGGANASAN SINGAPURA 2017

ISIS timbulkan ancaman serius kepada Singapura

Jun 02, 2017 | 05:30 AM



ANCAMAN paling serius kepada Singapura lahir daripada kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka ISIS.



Walaupun ancaman daripada kumpulan seperti Al Qaeda (AQ) dan Jemaah Islamiyah (JI) berkekalan, ISIS telah mengancam landskap keselamatan Singapura sejak beberapa tahun lalu.



Kegagalan dalam zon konflik di Syria dan Iraq telah mendorong ISIS melaksanakan serangan di negara yang menganggotai pakatan menentang ISIS.



ISIS juga menggalak penyokongnya melaksanakan serangan di negara masing-masing.



Serangan sebegini telah berlaku di Eropah, Amerika Utara, Asia Selatan dan Asia Tenggara.



Buat masa ini, ISIS dikaitkan dengan beberapa serangan di Asia Tenggara.



Ini termasuk serangan pertama ISIS - serangan pengebom bunuh diri dan penembakan di Jakarta, Indonesia, pada Januari 2016; dan serangan bom tangan di pusat hiburan malam di Puchong, di pinggir Kuala Lumpur, Malaysia, pada Jun 2016.



Serangan di Puchong itu diarah oleh militan ISIS dari Malaysia yang berpangkalan di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi (Wanndy).



Dia dilaporkan terbunuh dalam serangan dron pada April 2017.



Militan yang menyokong ISIS juga dikatakan berupaya membina pangkalan di beberapa tempat di Asia Tenggara yang sukar dikawal agensi keselamatan.



Di Filipina, kumpulan yang berpangkalan di selatan negara itu menggelar diri mereka IS Asia Timur dan mendakwa mereka sebagai kumpulan ISIS sebenar di rantau ini.



Pada Januari 2016, kepimpinan ISIS di Syria berkata ketua IS Timur Asia, Isnilon Hapilan, ialah 'amir keseluruhan di Filipina'.



Terdapat beberapa tanda kebelakangan ini yang menunjukkan bahawa kumpulan itu cuba meluaskan operasinya melebihi kawasan yang dikawalnya di selatan Filipina.



Perbuatan kumpulan itu mengepung bandar Marawi baru-baru ini menunjukkan keupayaan mereka mengubah Mindanao menjadi wilayah ISIS bagi militan Asia Tenggara.



Ancaman pengganasan akan menjadi lebih meruncing di rantau ini jika kumpulan tersebut berjaya menular dan menjadi rangkaian serantau.



Dalam pada itu, kumpulan militan lain di rantau ini dijangka terus meningkatkan keupayaan mereka.



Di Indonesia, militan yang menyokong Jamaah Anshorut Daulah (JAD) pernah membuat peralatan mudah meledak yang digunakan dalam serangan tahun lalu.



Namun baru-baru ini, ia menghasilkan bom buatan sendiri yang berupaya mencetuskan kuasa ledakan tinggi.



JI juga sedang giat membina keupayaan dengan mengadakan latihan militan dan mendapatkan senjata baru.



Lantaran itu, pihak berkuasa telah mempertingkat usaha menentang pengganasan, mendedahkan lebih banyak plot dan membolehkan penangkaan lebih ramai anggota militan.



Menurut laporan media, penguasa Malaysia menggagalkan empt plot dan menangkap 85 militan pada 2015.



Ia membanteras tujuh plot dan menangkap 119 militan tahun lalu.



Penguasa di Indonesia pula telah menggagalkan sembilan plot dan menangkap 65 militan pada 2015.



Ia menggagalkan lagi 15 plot dan menangkap lebih 150 militan tahun lalu.



Penguasa Indonesia dan Filipina juga telah mengenakan tekanan bertambah ke atas militan yang menyokong ISIS di Poso dan Filipina Utara, dengan beberapa pemimpin utamanya dibunuh atau cedera.



Namun ancaman tetap berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >