Iskandar tabur bakti balik kepada masyarakat

Penerima Pingat Jasa Gemilang sumbang $15,000 sebagai biasiswa kepada lima pelajar cemerlang di Sekolah Reka Bentuk Politeknik Temasek

HARI-HARI yang mendatang diharungi pakar tembikar mapan, Encik Iskandar Jalil, dengan gagah walaupun dirinya terasa lemah dimamah barah prostat.

Ingatan penerima Pingat Jasa Gemilang, Anugerah Hari Kebangsaan 2015 itu terhadap generasi muda yang kreatif mencorak idea dalam bidang rekaan tidak pernah putus walaupun tidak lagi bergelar pensyarah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan