Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Islam galak masyarakat majmuk harmoni

Oct 28, 2019 | 05:30 AM



PRINSIP kehidupan masyarakat majmuk memang digalak dalam Islam bahkan dianjur Al-Quran yang menjadi panduan.



Demikian dijelaskan Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy (gambar), dalam satu persidangan akademik bertema 'Islam di Dunia Kontemporari Baru', kelmarin.



Persidangan tersebut dianjurkan Masjid Yusof Ishak di Woodlands sempena bulan Raikan Ilmu Yayasan Mendaki.



Ustaz Irwan Hadi telah mengongsi tentang enam prinsip panduan menjalin hubungan harmoni dalam masyarakat majmuk seperti 'islah' dan 'ihsan' dalam ceramah sejam itu.



'Islah', katanya, membawa maksud membina jambatan hubungan, mendamaikan, memperbaiki hubungan dan meleraikan konflik.



"Al-Quran menggelarkan mereka yang membina jambatan hubungan sebagai 'muslihun'.



"Istilah ini jelas terkait dengan hubungan antara agama yang bertujuan mencapai kehidupan harmoni dan kewujudan bersama yang aman," kata beliau.



'Ihsan' pula berasal daripada perkataan 'hasan' yang bermaksud memperelok, mencantikkan dan memperindahkan.



"Al-Quran mengajak Muslim yang terlibat dalam perbincangan antara agama agar bertutur dengan akhlak yang tinggi meskipun pihak yang lain tidak memberikan layanan yang sama," jelasnya.



Acara yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 3.30 petang itu dihadiri sekitar 50 peserta.



Seorang lagi penceramah, Ustaz Fathurrahman Dawoed, turut diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk 'Fatwa Kontemporari yang Membangunkan Masyarakat Hari Ini'.



Dua penceramah lain ialah Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid dan Ustaz Dr. Leyaket Ali.



Dalam penyampaiannya, Ustaz Irwan juga menjelaskan tentang pemahaman beberapa ayat Al-Quran tertentu yang disalah erti, seperti yang menyatakan kaum Muslim hanya boleh berteman dan bersaudara dengan orang Islam.



"Maksud ayat ini ialah antara orang Islam tidak seharusnya ada permusuhan. Ia terhad kepada hubungan sesama orang Islam.



"Ayat ini bukan untuk umum. Ia hanya untuk orang Islam, yang bergaduh. Maksudnya orang Islam tidak seharusnya bergaduh sesama sendiri," kata Ustaz Irwan.



Bahkan, beliau menambah Nabi Muhammad dikenali dengan surat persaudaraan yang beliau utus kepada rahib di Gunung Sinai.



"Nabi menghulurkan persaudaraan, Nabi memberikan hubungan yang baik. Bahkan Nabi mengatakan bahawa perlu kita memelihara dan melindungi mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >