Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Istana, Taman Warisan Melayu akan dibaik pulih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Istana, Taman Warisan Melayu akan dibaik pulih

Mar 08, 2021 | 05:01 PM

DUA bangunan bersejarah, Istana dan tapak lama Istana Kampong Glam akan dibaik pulih.

Kerja-kerja peningkatan ini akan bermula tahun depan di Istana Kampong Glam, yang menjadi kediaman silam kesultanan Melayu.

Istana pula akan dibaik pulih mulai 2023, jelas Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Parlimen pada Isnin (8 Mac).

Menurutnya, dalam perbahasan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), kerja baik pulih ini adalah sebahagian usaha mengekalkan monumen negara Singapura.

“Pemeliharaan monumen negara ini penting bagi melindungi warisan kita. Warisan kita meliputi bukan sahaja sesuatu yang tidak dapat diterangkan seperti budaya penjaja tetapi bangunan warisan juga.

“Struktur sebegini bertahan diuji gelombang masa dan mereka secara nyata mewakili warisan negara,” tambah Encik Tong.

Taman Warisan Melayu, yang juga terletak di Istana Kampong Glam, akan ditutup tahun depan bagi kerja pembangunan semula, “demi memastikan kesinambungan unsur relevannya buat masyarakat dan agar ia mudah dikunjungi”, jelas Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling.

Bagi penggemar tapak warisan, Gereja Kecil dan Muzium Changi bakal dibuka semula pada Mei manakala Pusat Interpretatif Perang Dunia Kedua atau Reflections@Bukit Chandu pula dibuka pada separuh kedua tahun ini.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3