Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isteri layari alam rumah tangga meski tanpa suami di sisi

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



BELIAU ibu, beliau juga ayah.



Demikian peranan yang dimainkan Cik Dewi Kurniati selama hampir enam tahun semasa suaminya menjalani hukuman penjara akibat salah guna dadah.



Suaminya dipenjara pada 2007 dan Cik Dewi yang pada masa itu hamil empat bulan dengan anak keduanya sedar beliau perlu cekalkan diri demi keluarga walau hati masih berkecamuk dan minda kusut memikirkan keadaan mereka, terutama sekali anak pertamanya yang baru berusia dua tahun.



Anak kedua mereka, Nurhidayah, dilahirkan tanpa suaminya di sisi namun Cik Dewi terus berusaha menjaga keperluan keluarga, dengan bantuan adik-beradiknya dan keluarga suami, sementara menanti suaminya pulang ke pangkuan keluarga.



Cik Dewi, yang berasal dari Indonesia, merupakan pemegang pas jangka panjang dan tidak dapat bekerja pada masa itu dan hanya bergantung kepada wang yang diperolehi hasil penyewaan flat beliau di Bukit Batok serta bantuan orang sekeliling.



Oleh sebab itu, Cik Dewi berasa lega apabila suaminya dibebaskan pada 2010 dan kembali menyara hidup keluarga dengan bekerja dalam bidang penghasilan video korporat.



Malangnya, lima tahun selepas itu suaminya ditangkap sekali lagi dek kesalahan sama.



"Memang saya rasa marah dan nangis bila dapat tahu, pasal ini kali kedua. Saya pula fikir keperluan anak, rumah, saya pula tak bekerja," katanya semasa dihubungi Berita Harian.



Beliau kini bertugas sebagai penolong tukang masak di Kopitiam.



Kecekalan Cik Dewi dan anak-anaknya merupakan antara dorongan utama bagi suaminya, Encik Yaakob Ismail, yang berazam mengubah haluan hidupnya semasa dalam penjara.



"Pada masa itu, saya beritahu beliau saya faham kalau beliau tak nak tunggu saya, dan saya sanggup nak lepaskannya.



"Tapi beliau yakinkan saya: Jangan bimbang, beliau tetap akan tunggu," ujar Encik Yaakob, 61 tahun, yang kini bekerja di sebuah rumah tumpangan warga emas di Bukit Batok.



Menurut Encik Yaakob, yang sebelum ini pernah dipenjara enam kali semasa zaman bujangnya, beliau cukup menghargai pengorbanan isterinya yang terus menerima diri beliau seadanya.



Dengan azam baru untuk terus memperbaiki diri, beliau menyertai beberapa program kaunseling yang diadakan dalam penjara, antaranya program Bapa Sepanjang Hayat kendalian Pusat Kebapaan (CF).



Program itu mencelikkan mata beliau terhadap kesilapan yang dilakukan sebagai bapa dan menekankan peranan bapa dalam keluarga, katanya.



"Dulu sebelum ini saya ingat saya dah pun jalankan tanggungjawab apabila beri isteri saya duit untuk anak-anak dan keperluan rumah, tapi selepas menyertai program itu saya sedar banyak yang belum saya lakukan," katanya.



Dengan rekodnya yang baik dalam penjara, Encik Yaakob diberi peluang menjalani tahun akhir tempoh penjaranya di Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), dan beliau dapat bekerja serta diberi masa untuk bertemu keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >