Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isteri mantan Presiden Muis Ridzwan Dzafir meninggal dunia

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



ALLAHYARHAMHA Hajah Mushrifah Aziz dikenang sebagai ibu penyayang yang juga tunggak sokongan arwah suaminya, mantan kakitangan awam mapan dan mantan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Allahyarham Ridzwan Dzafir.



Allahyarhamha, 94 tahun, meninggal dunia awal pagi semalam dalam tidur di rumah banglo empat biliknya di Frankel Avenue, dan selamat dikebumikan di kubur Pusara Abadi semalam.



Beliau, yang menghidap penyakit kencing manis, telah berada dalam penjagaan khusus sejak Januari lalu dan tidak berupaya bergerak sendiri lagi.



Allahyarhamha Hajah Mushrifah meninggalkan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara 58 dengan 76 tahun, lapan cucu dan empat cicit.



Anak bongsunya, Cik Mushalwah Ridzwan berkata ibunya itu seorang yang penyayang dan mementingkan pembesaran anak-anaknya.



"Rumah kami terkenal dengan masakannya dan beliau gemar sekali menghidangkan makanan untuk anak, cucu, saudara dan teman-teman Daddy," kata pensyarah politeknik berusia 58 tahun itu.



Allahyarham Ridzwan meninggal dunia pada 2011. Dikenali di kalangan teman-temannya sebagai 'Pak Wan,' Allahyarham Ridzwan telah menjadi Pengarah Agung Lembaga Kemajuan Perdagangan (TDB) pada 1983-1998; Duta Kelana ke beberapa negara Amerika Latin pada 1986-1997 dan pernah memimpin Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Yayasan Warisan Melayu (YWM).



"Mummy selalu berkata, hubungan mereka adalah seolah rakan kerjasama (partnership)," katanya lagi.



Mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Zainul Abidin Rasheed, yang menghadiri upacara urusan jenazah semalam, berkata kepada Berita Harian arwah dikenali bagai 'Mak Pah,' watak lembut di sebalik suaminya yang bersikap tegas.



"Apabila kami menemuinya di rumah, Mak Pah saling bergurau dengan kami, membuat kami rasa selesa di rumahnya meskipun berada di depan seorang tokoh yang kami sangat menghormati," kata Encik Zainul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >