Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Isteri militan ISIS warga Singapura dilaporkan meninggal dunia di Syria

Aug 04, 2019 | 02:02 PM

SEORANG wanita warga Singapura yang telah pergi ke Syria bersama suami kelahiran Bosnia untuk menyertai kumpulan penganas ISIS telah meninggal dunia, dan tiga anak mereka telah dihantar pulang ke Australia. 

Fauziah Begum Khamal Bacha, yang menetap di Melbourne, merupakan salah seorang warga Singapura yang radikal dan telah mengambil bahagian dalam pertempuran di Syria. 

Suaminya, Yasin Rizvic, dan anak lelaki sulung mereka juga dikatakan telah meninggal dunia. 

Ketiga-tiga anak mereka yang masih hidup - dua perempuan dan seorang lelaki - merupakan warga Australia yang berusia antara enam dan 12 tahun. 

Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam dan kementeriannya telah mendedahkan penglibatan Fauziah dalam pertempuran itu minggu lalu sementara memberikan maklumat terkini tentang ancaman pengganasan terhadap Singapura. 

Berita Popular

Tiada sebarang maklumat lanjut tentang Fauziah, tetapi media Australia melaporkan bahawa keluarga tersebut telah ke Syria lima tahun lalu. 

Ideologi radikal kekal sebagai keprihatinan utama selepas serangan pengganas di Christchurch, New Zealand Mac lalu dan di Sri Lanka April lalu, dan apabila pengganas ISIS kembali ke negara mereka dan berkumpul semula. 

Seorang lagi militan ISIS, Megat Shahdan Abdul Samad, juga dilaporkan telah dibunuh dalam zon pertempuran, namun pihak berkuasa belum dapat pengesahan mengenai hal ini.

Dalam satu temu ramah dengan The Sunday Times, Encik Shanmugam mendedahkan bahawa Shahdan, yang muncul dalam video rekrut ISIS, telah mendorong teman-temannya untuk memulakan serangan di Singapura.

“Dia inginkan seseorang untuk memandu lori ke arah orang ramai yang sedang meraikan Thaipusam,” kata Encik Shanmugam. 

“ISD bekerja di belakang tabir untuk memastikan tiada orang menyahut panggilannya itu,” kata beliau, merujuk kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).

Dua lagi warga Singapura - mantan pengurus pasar raya Haja Fakkurudeen Usman Ali dan Maimunah Abdul Kadir - juga telah ke Syria bersama keluarga mereka. 

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ia tidak dapat memberikan sebarang komen tentang lokasi mereka. 

Encik Shanmugam turut menekankan bahawa walaupun kumpulan pengganas kehilangan wilayah fizikal mereka, ancamannya tetap wujud. 

Beliau turut menyatakan bahawa dalang di sebalik serangan Sri Lanka dan pengebom bunuh diri Zharan Hashim telah berhubung dengan seseorang di Singapura. 

Pengikutnya, pengurup wang berlesen Kuthubdeen Haja Najumudeen, ditangkap Mei lalu dan MHA telah mendedahkan penangkapan tersebut bulan lalu. 

Untuk itu, Singapura perlu terus kekal berwaspada dan mampu untuk menghadapi pengganasan dari pelbagai aspek, termasuk mengekalkan keharmonian antara golongan masyarakat berbeza dan meyakinkan majoriti dalam masyarakat bahawa pemerintah akan memastikan keseimbangan kepada semua, katanya. 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map