Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isteri penagih rela berkorban pastikan kejayaan anak

Terima bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani sedang suami meringkuk di penjara atas kesalahan dadah
Jan 06, 2019 | 05:30 AM



SEMASA melahirkan anak pertamanya, Cik Rita (bukan nama sebenar) berseorangan tanpa pasangannya di sisi dalam bilik persalinan.



Diselubungi kesunyian, dirinya berasa buntu dan bingung memikirkan nasib yang menimpanya.



Akibat pengaruh dadah, keluarga itu terpaksa dipisahkan setelah pasangannya dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun atas kesalahan mengambil dan mengedar barang terlarang itu. Tatkala kejadian itu berlaku, janin dalam kandungan Cik Rita baru berusia sebulan.



"Semasa saya hamil hingga melahirkan anak sulung kami, saya bersendirian tanpanya yang sudahpun meringkuk dalam penjara ketika itu," kongsi pegawai pentadbir berusia 42 tahun itu.



Atas dasar cinta, Cik Rita sanggup menunggu pasangannya sambil membesarkan anak perempuan mereka berseorangan.



Setelah sekian lama menunggu, pasangan itu akhirnya disatukan dan bernikah pada 2007 selepas suaminya dibebaskan. Namun kebahagiaan itu ternyata hanya sementara.



Tabiat lama suaminya kembali semula.



"Saya ingat selepas dia keluar dan kami kahwin, suami saya akan berubah. Selama setahun dia nampak okay, tetapi mungkin dia rasa tertekan kerana tidak ada duit dalam tangan kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.



"Kerana sudah terbiasa hidup mewah sebelum ini, saya rasa sebab itu dia mengambil keputusan melakukan pekerjaan menjual dadah semula," kata Cik Rita lagi.



Malah merumitkan keadaan lagi, Cik Rita sedang mengandung anak kedua mereka sewaktu suaminya ditangkap.



Hukuman yang dikenakan kali ini lebih berat - Cik Rita terpaksa melihat suaminya meringkuk dalam penjara selama 12 tahun.



Kini, meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal - selepas berpisah dengan suaminya - kepada dua anak perempuan berusia antara 18 dengan sembilan tahun, Cik Rita bertekad untuk berkorban bagi kesenangan kededua anaknya dan ingin melihat mereka berjaya.



Justeru, beliau sering menekankan pentingnya pembelajaran kepada anak-anaknya itu. Kecekalan beliau dalam membesarkan anaknya menyaksikan anak sulungnya kini berjaya meneruskan pengajian di politeknik.



Mengongsi tentang resepi kejayaannya itu, Cik Rita turut mendedahkan bahawa pertolongan dan sokongan daripada ahli keluarga dan badan-badan bantuan setempat telah banyak membantunya.



Dalam membantu meringankan beban yuran dan keperluan persekolahan, kededua anaknya telah menerima Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) tahun ini.



Mereka merupakan antara 188 pelajar yang telah menerima cek dalam majlis pengagihan bantuan HGEF di Wisma Mendaki semalam.



Memandang jumlah pelajar yang memerlukan bantuan telah meningkat, Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun, berkata mereka telah mendapat sokongan kukuh dari pertubuhan dan syarikat setempat.



"HGEF sangat berbesar hati kerana selepas sedekad, kami masih dapat menarik lebih banyak pertubuhan dan syarikat tempatan supaya menawarkan bantuan, memberikan ceramah dan menganjurkan kegiatan bagi manfaat keluarga ini.



"Sebagai contoh, kami mendapat sokongan dari kumpulan Bapa Sepanjang Hayat dan mereka telah mengongsi cara dan petua berharga dalam menjadi seorang bapa yang lebih baik.



"Jumlah pemohon telah meningkat setiap tahun dan oleh itu masih terdapat keperluan bagi HGEF untuk memainkan peranan dalam menyokong keluarga yang kurang bernasib baik ini," kata Cik Haslinda.



Pertubuhan itu dibentuk pada 2005 bagi membantu dan menggalak anak penagih dadah supaya kekal bersekolah dengan menawarkan dermasiswa.



Sejauh ini, HGEF mengagihkan hampir $600,000 dalam bentuk dermasiswa kepada lebih 3,000 pelajar sekolah rendah hingga universiti yang juga anak pesalah dadah.



LAPORAN LANJUT:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >