LIMA hari telah pun berlalu sejak beliau kehilangan suami tersayang yang terkorban dalam kemalangan motosikal di Ekspreswe Bukit Timah (BKE), namun Cik Siti Mariam Ishak masih kebingungan bagaimana nahas itu menimpa suaminya.
Beliau lebih sedih kerana suaminya, Encik Mohammad Afiq Abdul Rahim, 26 tahun, pergi selama-lamanya tanpa berpeluang melihat bayinya yang bakal lahir lepas Hari Raya ini.