Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Isu belajar sepanjang hayat, sukatan pelajaran sekolah diketengah

AP saran libatkan jurulatih, kaunselor kerjaya dalam rangka SkillsFuture, kurikulum disesuaikan untuk kurang tekanan, asah kemahiran asas
Apr 19, 2023 | 05:30 AM



PENDIDIKAN



ISU mengenai pendidikan seperti pembelajaran sepanjang hayat dan mengurangkan sukatan pelajaran di sekolah diketengahkan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP) dalam hari kedua perbahasan ucapan Presiden di Parlimen pada Selasa.



Dalam menggalak pembelajaran sepanjang hayat, Encik Patrick Tay (Pioneer) mencadangkan bahawa penggunaan SkillsFuture melibatkan khidmat jurulatih dan kaunselor kerjaya.



Sementara itu, Encik Christopher De Souza (GRC Holland-Bukit Timah) memberi cadangan bahawa sukatan pelajaran di sekolah disesuaikan supaya dapat meringankan tekanan dan tahap daya saing antara para pelajar.



Cik Jessica Tan (GRC East Coast) pula menggesa pelajar membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) dalam era digital kini.



Dalam ucapannya, Encik Tay berkata bantuan dan bimbingan seorang jurulatih kerjaya dianggap lebih kepada satu keperluan berbanding kemewahan pada masa kini.



Ini sedang Singapura memandu ke arah landskap kemahiran dan pekerjaan yang semakin rumit.



Justeru, beliau mencadangkan untuk membangunkan akreditasi yang diterajui industri bagi jurulatih dan kaunselor kerjaya.



Penggunaan kredit SkillsFuture juga harus diperluaskan untuk merangkumi penglibatan jurulatih dan kaunselor kerjaya profesional, menurutnya lagi.



"Berbekalkan kotak peralatan di tangan, rakyat Singapura boleh yakin bahawa terdapat seorang tukang mahir di sisi mereka untuk membimbing mereka dalam menggunakan peralatan secara berkesan untuk menguasai kemahiran," tambah Encik Tay.



Mengenai tekanan pembelajaran yang semakin meningkat dalam kalangan para pelajar, Encik De Souza di Parlimen pada Selasa mencadangkan supaya sukatan pelajaran di sekolah harus dikurangkan.



"Daya saing dalam pendidikan telah memberi insentif kepada budaya tuisyen. Dan jika kita tidak menghentikan daya saing ini sekarang, pelajar kita akan berdepan dengan cabaran. Kita mesti elakkan perkara itu," ujar beliau.



"Kita mesti menyuntik keseronokan dalam pembelajaran, bukannya bergantung pada tuisyen untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran," tambahnya.



Encik De Souza juga memberi saranan agar nisbah guru dan murid di sekolah dinaikkan. Saiz kelas boleh dikurangkan kepada 30 pelajar - turun daripada 40, kata beliau.



Langkah ini akan membolehkan guru meluangkan lebih masa bersama setiap pelajar dan memantau kesejahteraan fizikal, mental dan emosi mereka untuk menyesuaikan kelajuan pembelajaran dan menyediakan gaya pembelajaran yang berbeza.



"Dalam menyesuaikan sukatan pelajaran kita dan mempunyai kelas saiz yang sesuai, kita meletakkan batu loncatan asas untuk menanam cinta pada pembelajaran dalam diri anak-anak kita," tambah Encik De Souza.



Dengan pendigitalan pesat berkembang, Cik Tan pula berkata ia penting untuk pelajar membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh termasuk Stem.



Selain itu, beliau menyarankan agar sekolah-sekolah menyediakan lebih banyak peluang bagi pelajar melakukan pembelajaran berasaskan pasukan seperti projek dan kegiatan menyelesaikan masalah.



"Ini akan mempersiapkan pelajar kita dan memberikan mereka kemahiran hidup dan keyakinan untuk memburu peluang di Singapura dan luar negara, kedua-duanya di sekolah dan pada masa akan datang," kata beliau.




"Daya saing dalam pendidikan telah memberi insentif kepada budaya tuisyen. Dan jika kita tidak menghentikan daya saing ini sekarang, pelajar kita akan berdepan dengan cabaran. Kita mesti elakkan perkara itu.



Kita mesti menyuntik keseronokan dalam pembelajaran, bukannya bergantung pada tuisyen untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran."



- Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah, Encik Christopher De Souza.



"Berbekalkan kotak peralatan di tangan, rakyat Singapura boleh yakin bahawa terdapat seorang tukang mahir di sisi mereka untuk membimbing mereka dalam menggunakan peralatan secara berkesan untuk menguasai kemahiran."



- Anggota Parlimen Pioneer, Encik Patrick Tay.



"Ini akan mempersiapkan pelajar kita dan memberikan mereka kemahiran hidup dan keyakinan untuk memburu peluang di Singapura dan luar negara, kedua-duanya di sekolah dan pada masa akan datang."



- Anggota Parlimen GRC East Coast, Cik Jessica Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >