PENGALAMAN Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum yang hidup harmoni ingin dicontohi Myanmar, namun Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata negara itu harus merintis jalan mereka sendiri.
Ini kerana meskipun kededua negara terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, Singapura mempunyai tiga kaum utama, sedangkan Myanmar pula perlu menangani keperluan lebih 100 bangsa.