Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Isu gaji guru kanan dibawa ke Parlimen

Jan 21, 2014 | 10:53 PM

ISU mengenai kenaikan pangkat dan perlantikan pengetua, naib pengetua dan para pegawai kanan sekolah menjadi perdebatan hangat antara Anggota Parlimen pergerakan buruh, Encik Zainal Sapari dengan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi di Parlimen semalam.

Encik Zainal, mantan Pengetua Sekolah Menengah Mayflower sebelum memasuki politik, meminta peratusan pecahan bagi bilangan pengetua, naib pengetua dan ketua jabatan yang dinaikkan pangkat kepada gred gaji sejajar dengan pelantikan mereka.

Beliau juga ingin mengetahui peratusan bilangan para pegawai kanan yang masih tidak diletakkan di bawah gred gaji selepas lima tahun memegang pelantikan itu.

Dalam jawapannya, Encik Hawazi berkata majoriti pengetua dan naib pengetua bersara pada gred gaji jauh lebih tinggi atau di atas gred pelantikan mereka, tetapi beliau tidak memberi perangkaan khusus.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, Encik Zainal meminta Encik Hawazi memberi jawapan lebih khusus mengenai pertanyaan yang beliau sediakan awal dalam senarai soalan bagi jawapan lisan bagi perbahasan Parlimen.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3