Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu gaji sudah lama dibincang tapi tiada banyak perubahan

Mar 18, 2022 | 07:03 AM



Baru-baru ini diumumkan bahawa lulusan Program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang bekerja sepenuh masa di masjid atau madrasah sepenuh masa akan menerima kenaikan gaji bulanan $100 sebaik sahaja menamatkan program tersebut. Isu gaji asatizah merupakan antara topik yang telah lama dibincangkan. BERITA HARIAN meninjau pendapat golongan asatizah serta pengamat sektor agama berkaitan perkembangan remunerasi asatizah sejauh ini.




GAJI permulaan bagi asatizah yang baru tamat pengajian di universiti dan mengajar di masjid atau madrasah setempat berkisar antara $1,400 dengan $2,500 - jumlah yang jauh di bawah kadar pasaran bagi graduan baru.



Bahkan, gaji permulaan yang rendah itu sudah bertahun merupakan 'kadar pasaran' dalam kalangan asatizah di sini meskipun saban tahun semakin banyak kursus dan program peningkatan perlu dihadiri serta sijil kemahiran baru yang diperlukan daripada mereka.



Isu gaji asatizah sudah lama menjadi bahan perbincangan asatizah di sini, namun sehingga kini tidak banyak perubahan dilakukan, menurut asatizah yang setuju berkongsi dengan Berita Harian (BH) dengan syarat nama mereka tidak disiarkan.



Seorang asatizah yang bertugas di salah sebuah madrasah sepenuh masa di sini dan sudah berkhidmat selama sekitar 10 tahun berkata:



"(Isu gaji asatizah) sudah dibincangkan tetapi hingga kini tiada perubahan.



"Asatizah perlu menjalani bermacam-macam kursus untuk mempertingkatkan diri dan kemahiran tetapi gaji yang diterima tidak setimpal dengan kelayakan mereka.



"Walhal kerja asatizah bukan sekadar menyampaikan ilmu, kami perlu buat kerja pentadbiran, anjurkan program... isu ini bukan hanya perlu dibincang, malah perlu ada perubahan."



Berdasarkan pengetahuan beliau, gaji asatizah di madrasah lebih sedikit berbanding asatizah yang mengajar di masjid, dan kenaikan gaji asatizah di madrasah lebih konsisten.



"Kalau 15 tahun dahulu, siswazah baru mendapat anggaran $1,500 hingga $1,800, angka ini masih lagi sama pada masa kini.



"Kenaikan gaji pun berbeza mengikut institusi, ada yang setahun sekali (naik gaji) dan ada yang dua, tiga tahun sekali dengan bilangan gaji dinaikkan antara $50 hingga $100.



"Pada pendapat saya, asatizah harus dinaikkan gajinya flat rate, siswazah baru dapat gaji permulaan $3,500, kemudian guru-guru lain yang lebih berpengalaman dan mempunyai sijil yang lebih tinggi diberi gaji setimpal dengan mereka.



"Ini masih rendah berbanding gaji guru nasional, tetapi saya yakin jumlah ini dapat membantu dan menyenangkan asatizah kami mengatur kewangan mereka dengan lebih aman," tambahnya.



Seorang lagi asatizah yang bertugas di masjid berpendapat agak tidak adil jika gaji asatizah jauh lebih rendah daripada guru-guru lain.



"Kami dah belajar, pergi ke universiti, hadiri kursus dan sebagainya tetapi kenapa masih ada perbezaan dari segi gaji?



"Adakah sebab kami pilih berkhidmat dalam sektor agama? Waktu kerja sama sahaja, bahkan kami pun perlu bertugas pada hujung minggu," ujar beliau.



Seorang lagi asatizah yang dihubungi turut bersetuju, sambil menambah bahawa waktu bertugas asatizah tidak seperti waktu bertugas guru lain kerana mereka perlu mengajar kelas malam dan hujung minggu.



Ditanya pula apakah respons mereka terhadap sesetengah anggota masyarakat yang masih berpegang pada pendapat bahawa asatizah perlu berkhidmat kepada masyarakat dengan berdakwah dan oleh itu, tidak memerlukan imbalan gaji yang tinggi, asatizah yang dihubungi berkata mereka sedar terdapat pandangan sedemikian.



Namun, realiti kehidupan dalam negara maju seperti Singapura bermakna mereka tidak boleh tidak perlu memikirkan bagaimana menyediakan sesuap nasi di meja.



"Sebenarnya sedih dan paling mengecewakan apabila ada orang Melayu yang berkata asatizah harus reda sebab buat perkara ini dengan ikhlas.



"Tapi, ikhlas pun, ini adalah Singapura," kata seorang asatizah.



Lagi seorang pula menambah:



"(Pemikiran sedemikian) adalah pandangan orang yang cetek ilmu, kedua tidak menghargai ilmu agama dan ketiga, tidak mengerti nilai agama.



"Masyarakat harus buka mata dan hati... kita harus sama-sama menaikkan martabat asatizah kita bukan hanya dari segi ilmu, bahkan kehidupan mereka," ujar beliau.




KELUHAN ASATIZAH



"Sebenarnya sedih dan paling mengecewakan apabila ada orang Melayu yang berkata asatizah harus reda sebab buat perkara ini dengan ikhlas.

Tapi, ikhlas pun, ini adalah Singapura."

- Seorang asatizah, yang bercakap dengan syarat tidak dinamakan. Seorang lagi menambah bahawa (pemikiran sedemikian) adalah pandangan orang yang cetek ilmu, tidak menghargai ilmu agama dan ketiga, tidak mengerti nilai agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >