Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Isu guna perisian intip oleh pemerintah dibangkit

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



SOALAN yang dibangkitkan di Parlimen mengenai sama ada pemerintah Singapura menggunakan perisian intip atau 'spyware' daripada syarikat Israel, QuaDream, menarik perhatian semalam, dengan seorang AP Parti Pekerja (WP) mendedahkan bahawa telefonnya mungkin telah digodam oleh penyerang tajaan pemerintah.



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, kemudian menjelaskan bahawa telefon itu tidak digodam oleh agensi negara Singapura.



AP WP, Encik Leon Perera (GRC Aljunied), menyoal sama ada pemerintah telah menggunakan perisian intip QuaDream atau teknologi pengintipan lain di Singapura.



Soalan ini berikutan laporan yang dikeluarkan Reuters awal bulan ini bahawa QuaDream, yang membangunkan alat penggodaman telefon pintar untuk pelanggan pemerintah, menyatakan pemerintah Singapura adalah antara pelanggan pertamanya.



Pemerintah tidak menjawab pertanyaan Reuters mengenai perkara tersebut pada ketika itu.



Menjawab soalan perisian intip Encik Perera, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, berkata semalam: "Atas sebab yang jelas, pemerintah tidak boleh dan tidak sepatutnya membincangkan secara spesifik mengenai sebarang aspek atau keupayaan operasi berkaitan keselamatan negara kita."



"Salah satu tanggungjawab paling penting pemerintah adalah untuk memastikan Singapura selamat, terjamin dan berdaulat," kata Encik Tan, yang menambah bahawa pemerintah perlu menangani ancaman keselamatan negara yang serius kepada negara seperti keganasan, subversi asing, pengintipan dan campur tangan.



"Untuk tujuan ini, agensi yang dipertanggungjawab dengan misi menjaga keselamatan negara semestinya perlu bergantung kepada pelbagai keupayaan perisikan, termasuk memanfaatkan teknologi," katanya.



Dalam soalan tambahan mengenai isu itu, pengerusi WP, Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied), mendedahkan bahawa beliau menerima amaran ancaman daripada Apple bahawa iPhone beliau mungkin telah mengalami "penggodaman oleh penyerang yang ditaja pemerintah".



Apple juga memberitahu beliau bahawa data daripada penggodaman itu mungkin telah dijual "kerana siapa saya secara individu atau apa tugas saya".



"Berdasarkan apa yang Menteri Negara katakan sebentar tadi, pergantungan kepada teknologi diperlukan atas sebab keselamatan negara, bolehkah saya mendapat pengesahannya bahawa saya sama sekali tidak perlu bimbang bahawa agensi pemerintah Singapura cuba menggodam telefon saya?" tanya Cik Lim.



Menjawab soalan itu, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, bertanya sama ada Cik Lim terlibat dalam pengintipan.



Encik Shanmugam berkata telefon Cik Lim tidak digodam oleh agensi negara di sini, menyatakan bahawa beliau bercakap bagi pihak agensi Kementerian Dalam Negeri (MHA) dan telah menyemak dengan Divisyen Keselamatan dan Perisikan, agensi perisikan dalaman Singapura di bawah Kementerian Pertahanan.



Beliau berkata sekiranya Cik Lim serius untuk mengetahui sama ada telefonnya telah digodam dan oleh siapa, cara yang betul melakukannya adalah dengan mendekati MHA, yang akan melakukan siasatan menyeluruh, dan bukannya menghebahkan di Parlimen.



Encik Shanmugam menambah semua AP, seperti Cik Lim, adalah sasaran.



"AP adalah sasaran bernilai tinggi kepada agensi asing, seperti yang ditunjukkan dalam pengalaman kita sendiri dan negara lain," kata beliau, memberi Australia sebagai contoh, yang mana sistem telekomunikasinya telah digodam oleh syarikat teknologi China Huawei pada hujung tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >