Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu kaum, diskriminasi dan dasar integrasi etnik flat dibawa ke Parlimen

Jul 02, 2021 | 08:26 PM



TOPIK kaum dan diskriminasi akan dibincangkan apabila Parlimen bersidang pada Isnin ini.

Dua topik itu menarik perhatian sejak kebelakangan ini setelah beberapa kejadian berbaur perkauman berlaku beberapa minggu lalu, dan para Anggota Parlimen (AP) telah memfailkan soalan yang menyentuh tentang pelbagai isu, daripada isu komen perkauman tidak sensitif dalam talian hingga ke Dasar Integrasi Etnik (EIP) pemerintah bagi flat (HDB).

Di seluruh dunia, media sosial digunakan untuk kedua-dua tujuan memberi perhatian bagi kejadian diskriminasi kaum dan juga menyebarkan ucapan kebencian, dan Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) mengajukan soalan tentang cara komen perkauman tidak sensitif dan perbuatan diskriminasi di media sosial boleh ditangani di sini.

Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) dan AP Dilantik (NMP) Dr Shahira Abdullah pula ingin tahu cara pelajar boleh menimbulkan keprihatinan tentang pendidik yang mempunyai pandangan berbaur perkauman. Soalan mereka itu ditanya menyusuli kejadian seorang pensyarah Politeknik Ngee Ann mengganggu satu pasangan berlainan bangsa di Orchard Road bulan lalu, dan juga didapati membuat komen Islamofobik dalam kelas pada 2017.

Sementara itu, beberapa AP memfailkan soalan berkenaan EIP. Dasar itu menetapkan kuota bagi flat dalam sesebuah blok atau kawasan yang boleh dimiliki setiap kumpulan kaum demi mengelakkan pembentukkan enklaf kaum, namun ada yang berkata ia menjejas kaum minoriti dengan menyekat siapakah mereka boleh menjual atau membeli unit flat.

Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) dan Encik Chong Kee Hiong (GRC Bishan-Toa Payoh) ingin bertanya apakah dasar itu boleh disemak. NMP Raj Joshua Thomas, dalam satu usul penangguhan, akan bercakap tentang topik membina keharmonian kaum di Singapura.

Satu lagi topik yang akan dibincangkan ialah berkenaan bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO).

Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) bertanya Menteri Pembangunan Negara apakah lebih banyak flat BTO boleh diperuntuk bagi pembeli rumah kali pertama, memandangkan terdapat penundaan bagi semua projek BTO dan masa menunggu lebih lama.

Juga dalam agenda ialah bagaimana perjanjian Kumpulan Negara G-7 mengenai pembaharuan sistem cukai sejagat akan menjejas Singapura. Perjanjian itu membolehkan negara mengenakan cukai terhadap syarikat berdasarkan keuntungan yang diperolehi dalam sesebuah negara berbanding tanah air cukai syarikat itu, dan juga menetapkan kadar cukai korporat sejagat minimum sekurang-kurangnya 15 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >