PILIHAN RAYA KECIL BUKIT BATOK
Isu kejiranan jadi keprihatinan utama penduduk
Esok penduduk di SMC Bukit Batok akan keluar mengundi, kali kedua mereka berbuat demikian dalam tempoh sekitar lapan bulan. Berita Harian mengupas isu yang menjadi keprihatinan penduduk selepas mendengar calon Anggota Parlimen kawasan undi itu berkempen sepanjang sembilan hari. Laporan oleh ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).
May 06, 2016 | 05:30 AM
ISU kejiranan menjadi antara keprihatian utama penduduk SMC Bukit Batok.
Inilah antara maklum balas yang diterima selepas mereka mendengar kempen sepanjang sembilan hari oleh calon Anggota Parlimen (AP) yang merebut kerusi di Parlimen bagi kawasan undi itu.