ISU mengenai kenaikan pangkat dan pelantikan pengetua, naib pengetua dan para pegawai kanan sekolah menjadi perdebatan hangat antara Anggota Parlimen pergerakan buruh, Encik Zainal Sapari, dengan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, di Parlimen semalam.
Encik Zainal, mantan Pengetua Sekolah Menengah Mayflower sebelum memasuki politik, meminta peratusan pecahan bagi bilangan pengetua, naib pengetua dan ketua jabatan yang dinaikkan pangkat kepada gred gaji sejajar dengan pelantikan mereka.