Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN GANGGUAN SEKSUAL LIBAT GOLONGAN USTAZAH

Isu keselamatan wanita dibincang dalam talian Sabtu depan

May 30, 2021 | 05:30 AM



INSIDEN 'tinjauan' lucah yang membabitkan asatizah setempat baru-baru ini menarik perhatian tentang isu keselamatan bagi kaum wanita dalam ruang digital, dan isu ini akan dikupas dalam satu sesi perbincangan dalam talian Sabtu depan.



Sesi dalam talian itu akan dihos Menteri Negara Kanan (Kementerian Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, bersama Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



Cik Rahayu berkata beliau terharu melihat pandangan tegas orang ramai terhadap 'tinjauan' itu, dan kini terdapat peluang untuk mengambil tindakan yang bermakna.



"SMS Sim Ann telah pun memulakan usaha melakar strategi bagi mengatasi bahaya dalam talian yang disasarkan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan.



"Baru-baru ini saya menyertainya dalam usaha ini dan telah mendekati pelbagai kumpulan untuk membincangkan cara merapatkan jurang keselamatan digital yang dihadapi wanita dan kanak-kanak perempuan kita," kata Cik Rahayu dalam satu kiriman di Facebook malam kelmarin.



Cik Sim berkata 'tinjauan' mengenai asatizah wanita itu satu lagi contoh 'jurang keselamatan digital' yang dihadapi wanita dan kanak-kanak perempuan.



"Di Singapura, wanita dan kanak-kanak perempuan umumnya menikmati kebebasan dan keyakinan yang tinggi dalam kehidupan seharian kita.



"Tetapi halnya berbeza dalam talian," kata Cik Sim di Facebook juga.



Beliau memberi contoh gambar dan video intip melibatkan wanita yang dimuat naik secara tidak sah, mesej dengan kandungan seksual yang dihantar secara langsung, atau kes seperti tinjauan lucah ini di mana peserta dalam talian diajak untuk membayangkan perkara tidak senonoh dilakukan kepada wanita.



"Malangnya, bahaya dalam talian ini boleh disasarkan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan daripada setiap masyarakat.



"Namun kita tidak perlu berserah. Kita perlu merapatkan jurang keselamatan digital bagi wanita dan kanak-kanak perempuan untuk melindungi kebebasan dan keyakinan diri untuk bekerja, belajar dan berinteraksi dalam talian, seperti yang dilakukan dalam dunia nyata," katanya.



Cik Sim berkata beberapa perbincangan dengan wanita dan lelaki yang prihatin tentang isu tersebut telah diadakan sebelum ini.



Satu Perikatan untuk Tindakan juga bakal dilancarkan untuk melaksana inisiatif berhubung dengan isu itu.



Mereka yang rasa 'terganggu' dengan tinjauan lucah itu dan ingin menyertai perikatan lebih luas untuk mengatasi bahaya dalam talian bagi wanita boleh menyertai perbincangan Sabtu depan, yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 petang, kata Cik Sim.



Mereka boleh mendaftar di laman go.gov.sg/digitalsafety.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >